UMNO Melaka Gesa Pecat Ahli Bersekongkol Dengan Pembangkang

Badan Perhubungan UMNO Melaka mencadangkan agar Majlis Tertinggi (MT) parti itu supaya memecat anggota parti yang bersekongkol dengan pembangkang.

Idris berkata BN Melaka memberi sokongan padu kepada Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, serta mendesak semua pemimpin parti komponen BN mengambil tindakan terhadap anggota mereka yang terlibat dalam deklarasi tersebut.- Gambar Fail

MELAKA - Badan Perhubungan UMNO Melaka mencadangkan agar Majlis Tertinggi (MT) parti itu supaya memecat anggota parti yang bersekongkol dengan pembangkang.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata anggota UMNO yang berbuat demikian perlu dipecat kerana tidak lagi mempunyai semangat serta 'roh' UMNO itu sendiri yang diterjemah melalui cogan kata 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'.

"Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila seseorang itu masih mahu bersama UMNO tetapi tidak mahu bersama presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) malah mahu menyingkirkannya dengan cara tidak sah, inikah perangai anggota UMNO sebenar.

"UMNO ada peraturan dan perlembagaan sendiri dengan pemilihan jawatan presiden dan lain-lain diadakan dengan cara demokrasi, jadi gunakanlah proses itu dengan sebaik-baiknya," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Melaka dan Barisan Nasional (BN) Melaka di sini tengah malam Ahad.

Pada Jumaat lepas, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir adalah antara 50 yang menandatangani Deklarasi Rakyat menyokong penyingkiran Najib, diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Idris yang juga Pengerusi BN Melaka berkata turut dikesalkan ialah tindakan Dr Mahathir dan anggota UMNO itu yang sanggup bersekongkol dengan DAP terutama pemimpin veterannya Lim Kit Siang dalam Deklarasi Rakyat itu.

"Dahulu kami bekerja keras mempertahankan dan menidakkan pelbagai tuduhan Lim dan DAP terhadap Dr Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri, tetapi sekarang Dr Mahathir melupakan sokongan kami malah tergamak duduk bersama Lim dan DAP," katanya.

Beliau berkata BN Melaka turut mengesyorkan kepada kerajaan supaya Dr Mahathir dilucutkan semua jawatan yang diberikan kepada beliau antaranya di syarikat berkaitan kerajaan seperti Petronas dan Proton.

"Kami menghormati hak individu keluar atau masuk parti atau mana-mana organisasi, kami juga menghormati dan menghargai sumbangan serta jasa para pemimpin parti terdahulu serta masa kini, namun kami menolak sekeras-kerasnya perbuatan mereka yang derhaka terhadap UMNO, BN dan perjuangan parti," katanya.

Sehubungan itu, Idris berkata BN Melaka memberi sokongan padu kepada Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, serta mendesak semua pemimpin parti komponen BN mengambil tindakan terhadap anggota mereka yang terlibat dalam deklarasi tersebut.

"BN Melaka mengajak semua rakyat agar memberikan sokongan padu dan jitu kepada perdana menteri (Najib) atas semangat setiakawan BN. Beliau mampu dan bersedia meneruskan mandat, amanah dan tanggungjawab untuk menerajui negara ini bagi merealisasikan tuntutan serta aspirasi rakyat," katanya.-Bernama


COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: UMNO Melaka Gesa Pecat Ahli Bersekongkol Dengan Pembangkang
UMNO Melaka Gesa Pecat Ahli Bersekongkol Dengan Pembangkang
Badan Perhubungan UMNO Melaka mencadangkan agar Majlis Tertinggi (MT) parti itu supaya memecat anggota parti yang bersekongkol dengan pembangkang.
https://4.bp.blogspot.com/-6ticqYExP00/Vt479moVJHI/AAAAAAAADAc/V88Vjcz1Bqo/s1600/umno%2Bmelaka.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-6ticqYExP00/Vt479moVJHI/AAAAAAAADAc/V88Vjcz1Bqo/s72-c/umno%2Bmelaka.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/03/umno-melaka-gesa-pecat-ahli.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/03/umno-melaka-gesa-pecat-ahli.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy