PAS Tidak Terkejut Tun Mahathir Keluar UMNO

Pas tidak terkejut dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sekali lagi mengumumkan keluar Umno.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar menjangkakan Mahathir akan kembali bersama dengan Umno sekiranya bertukar Perdana Menteri nanti. - Gambar Fail

KOTA BHARU - Pas tidak terkejut dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sekali lagi mengumumkan keluar Umno.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ia tidak pelik memandangkan sebelum ini beliau pernah keluar Umno setelah kecewa dengan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

“Tidak ada benda yang pelik lah. Tidak terkejutlah, bagi orang Kelantan ibaratnya tidak payah buat pulut kuninglah,” katanya kepada media semalam.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar menjangkakan Mahathir akan kembali bersama dengan Umno sekiranya bertukar Perdana Menteri nanti.

Ditanya mengenai perancangan Pas sama ada bersedia untuk membuka laluan kepada bekas Perdana Menteri itu menyertai parti itu, Mohd Amar berkata, ia tidak perlu dipelawa.

“Dia lebih tahu dia nak buat pilihan mana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai himpunan  mendesak Perdana Menteri melepaskan jawatan pula, Mohd Amar berkata, Pas menyokong pendirian Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak akan menyertainya.

“Saya rasa ahli Pas tidak akan pergi sebab biasanya bila presiden tidak pergi, ahli tidak akan sertai,” katanya.

Katanya, pihaknya juga tidak melarang ahli-ahlinya ikut serta perhimpunan anti Najib tersebut, namun kehadiran itu bukanlah atas tiket parti sebaliknya hak individu.

Lagipun katanya, penganjur himpunan, Datuk Zaid Ibrahim memberitahu pihaknya tidak menjemput Pas untuk menyertai himpunan yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac ini.

“Jadi eloklah kalau kita tidak pergi pun,” katanya, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: PAS Tidak Terkejut Tun Mahathir Keluar UMNO
PAS Tidak Terkejut Tun Mahathir Keluar UMNO
Pas tidak terkejut dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sekali lagi mengumumkan keluar Umno.
https://3.bp.blogspot.com/-JlWM0pCabhY/Vtasye-NDUI/AAAAAAAAC_0/Eg72SLlDxgc/s640/nik_amar_nik_abdullah.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-JlWM0pCabhY/Vtasye-NDUI/AAAAAAAAC_0/Eg72SLlDxgc/s72-c/nik_amar_nik_abdullah.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/03/pas-tidak-terkejut-tun-mahathir-keluar.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/03/pas-tidak-terkejut-tun-mahathir-keluar.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy