Mi Mengandungi Kaca, Kementerian Gantung Syarikat Pembekal

Syarikat yang membekal mi yang didapati terdapat serpihan kaca sehingga menyebabkan murid terpaksa dirawat di hospital telah digantung perkhidmatannya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan sebaik pihaknya menerima maklumat mengenai perkara itu. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Syarikat yang membekal mi yang didapati terdapat serpihan kaca sehingga menyebabkan murid terpaksa dirawat di hospital telah digantung perkhidmatannya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan sebaik pihaknya menerima maklumat mengenai perkara itu.

Kementerian berkenaan sedang menunggu laporan daripada pihak sekolah  sebelum tindakan diambil terhadap syarikat berkenaan, katanya dalam laman blognya hari ini.

Dilaporkan pada Ahad lalu, tujuh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada Jumaat lepas akibat termakan serpihan kaca dalam mi yang disediakan di bawah Program Makanan Tambahan.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut berkongsi rasa marah ibu bapa murid berkenaan dan mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengenal pasti masalah dalam prosedur kendalian makanan agar perkara sedemikian tidak berulang.

"Kementerian akan turut memastikan terdapat pembekal makanan yang berkelayakan agar tidak mengganggu program makanan tambahan," kata Kamalanathan.

Beliau berkata beliau telah mengarahkan pihak berkuasa sekolah dan guru yang bertanggungjawab dalam program makanan tambahan untuk memeriksa makanan dan kualitinya sebelum membenarkan murid mengambil makanan tersebut.

"Saya telah melawat murid-murid berkenaan semalam dan sangat lega apabila doktor memaklumkan tidak terdapat sebarang kes kekal ke atas murid-murid itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor.

Beliau turut mengarahkan 54 orang murid sekolah berkenaan yang memakan mi tersebut supaya di x-ray bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang jangkitan ekoran pemakanan beracun. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Mi Mengandungi Kaca, Kementerian Gantung Syarikat Pembekal
Mi Mengandungi Kaca, Kementerian Gantung Syarikat Pembekal
Syarikat yang membekal mi yang didapati terdapat serpihan kaca sehingga menyebabkan murid terpaksa dirawat di hospital telah digantung perkhidmatannya.
https://2.bp.blogspot.com/-eUVivrCjw2M/VtafVu5j4yI/AAAAAAAAC_M/3DV4bQnlPbw/s1600/P.Kamalanathan.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-eUVivrCjw2M/VtafVu5j4yI/AAAAAAAAC_M/3DV4bQnlPbw/s72-c/P.Kamalanathan.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/03/mi-mengandungi-kaca-kementerian-gantung.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/03/mi-mengandungi-kaca-kementerian-gantung.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy