Melaka United Sekadar Seri Bertemu Negeri Sembilan

Negeri Sembilan, berjaya mencuri satu mata dari pertemuan dengan Melaka United apabila mengikat pasukan tuan rumah tanpa jaringan dalam perlawanan di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Negeri Sembilan berjaya membawa pulang satu mata apabila mengikat pasukan tuan rumah, Melaka united seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Premier 2016 malam tadi. Foto - MUSA 

MELAKA - Negeri Sembilan, berjaya mencuri satu mata dari pertemuan dengan Melaka United apabila mengikat pasukan tuan rumah tanpa jaringan dalam perlawanan di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Meskipun bermain di hadapan kira-kira 15,000 penyokong sendiri, Melaka United gagal mempergunakan kelebihan ini apabila hantaran demi hantaran mereka sering tersasar.

Beberapa percubaan awal ke gawang Negeri Sembilan gagal membuahkan hasil apabila pemain hadapan Melaka United mempersiakan peluang.

Melaka United mendapat peluang keemasan untuk memecahkan kebuntuan pada minit ke-16 apabila hantaran silang R Surendran dari kiri gawang Negeri Sembilan gagal disempurnakan Nurshamil Abdul Ghani walaupun penjaga gol Syed Adney Syed Hussein sudah tertewas.

Walaupun larian kencang Mohd Iskandar Hanapiah di bahagian sayap kiri berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Negeri Sembilan, namun Melaka United gagal menggunakan peluang apabila kapten Illija Spasojevic dikawal ketat pertahanan pelawat.

Melaka United mempunyai terbaik untuk menjaringkan gol pada permulaan separuh masa kedua apabila Spasojevic mendapat bola dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan turut berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-65 apabila keadaan kelam kabut dalam kotak penalti Melaka United digunakan sepenuhnya Alexander Moreton Smith.

Walaupun berjaya menewaskan Muhamad Syazwan Yusoff tandukannya hanya sipi beberapa meter di sebelah kiri gawang Melaka United.

Pada minit ke-76 Melaka United sekali lagi berpeluang memecahkan kebuntuan apabila hantaran silang Surendran ditanduk Spasojevic tepat ke dakapan Syed Adney.

Meskipun minit-minit terakhir perlawanan menyaksikan Melaka United menyerang bertali arus ke gawang Negeri Sembilan, namun kedua pasukan terpaksa berpuas hati dengan berkongsi mata, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Melaka United Sekadar Seri Bertemu Negeri Sembilan
Melaka United Sekadar Seri Bertemu Negeri Sembilan
Negeri Sembilan, berjaya mencuri satu mata dari pertemuan dengan Melaka United apabila mengikat pasukan tuan rumah tanpa jaringan dalam perlawanan di Stadium Hang Jebat malam tadi.
https://4.bp.blogspot.com/-GFYZXCxoXNM/VtaQzU0Se6I/AAAAAAAAC-w/PbaT_mJoMvc/s1600/melakau.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-GFYZXCxoXNM/VtaQzU0Se6I/AAAAAAAAC-w/PbaT_mJoMvc/s72-c/melakau.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/03/melaka-united-sekadar-seri-bertemu.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/03/melaka-united-sekadar-seri-bertemu.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy