Lelaki Bunuh 7 Wanita Di Bangunan Terbengkalai

Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati terhadap lima pertuduhan daripada tujuh pertuduhan membunuh tujuh wanita, lapor AP.

Salah satu lokasi di mana tertuduh membunuh mangsanya. Foto - CNN

INDIANA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati terhadap lima pertuduhan daripada tujuh pertuduhan membunuh tujuh wanita, lapor AP.

Pejabat Pendakwaraya Lake County menfailkan pertuduhan terhadap Darren Vann, 44, membunuh Teaira Batey, 28, Tracy Martin, 41, Kristine Williams, 36, Sonya Billingsley, 53, dan Tanya Gatlin, 27.

Mayat wanita terbabit ditemui pada tahun 2014 di beberapa bangunan terbengkalai di barat laur Indiana.

Vann sebelum ini didakwa membunuh Afrikka Hardy, 19, dan Anith Jones, 35.

Pendakwa menuntut hukuman mati ke atas kesemua tujuh kes.

Polis berkata, sebaik sahaja mayat ditemui, Vann mengaku bersalah ke atas kesemua tujuh pembunuhan.

Sementara itu, salah seorang peguam Vann, Gojko Kasich berkata, pihaknya belum melihat dokumen mahkamah dan tidak dapat mengulas lanjut mengenai dakwaan baru.

Vann ditahan 18 Oktober 2014, sehari selepas pegawai mendapati Afrikka Hardy dicekik sehingga mati di dalam sebuah bilik motel.

Mayat yang lain kemudiannya dijumpai di dalam bangunan di seluruh Gary, Indiana.

Dua orang mangsa terakhir, Billingsley dan Gatlin hanya dikenalpasti selepas empat bulan penangkapan Vann.

Vann sebelum ini mengaku tidak bersalah pembunuhan Hardy dan Jones.

Menurut rekod mahkamah, tali coklat ditemui detektif mengandungi DNA Hardy dan Jones dan DNA Jones turut ditemui pada sepasang kasut Vann.

Pendakwaraya berhujah Vann menggunakan tali untuk membunuh kedua-dua wanita.

Seorang hakim tahun lepas membenarkan permohonan kerajaan negeri untuk menghalang pejabat koroner daripada mendedahkan laporan bedah siasat Hardy dan Jones.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Lelaki Bunuh 7 Wanita Di Bangunan Terbengkalai
Lelaki Bunuh 7 Wanita Di Bangunan Terbengkalai
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati terhadap lima pertuduhan daripada tujuh pertuduhan membunuh tujuh wanita, lapor AP.
https://3.bp.blogspot.com/-PyWwCjh03tw/VuEWoxqsliI/AAAAAAAADFc/m2doKSQBi7I/s1600/Darren%2BVann.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-PyWwCjh03tw/VuEWoxqsliI/AAAAAAAADFc/m2doKSQBi7I/s72-c/Darren%2BVann.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/03/lelaki-bunuh-7-wanita-di-bangunan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/03/lelaki-bunuh-7-wanita-di-bangunan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy