Lee Chong Wei Tewas Mengejut Di Tangan Pemain Kurang Ternama

Pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei tersingkir daripada Kejohanan Seluruh England selepas tewas mengejut kepada B Sai Praneeth dari India di pusingan pertama di Barclaycard Arena, Birmingham awal pagi ini.

Kekalahan Chong Wei turut menyaksikan rekod cemerlang beliau di kejohanan Seluruh England sejak 2009 hingga 2014 yang tidak pernah gagal mara ke final, berakhir. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei tersingkir daripada Kejohanan Seluruh England selepas tewas mengejut kepada B Sai Praneeth dari India di pusingan pertama di Barclaycard Arena, Birmingham awal pagi tadi.

Chong Wei yang memburu kejuaraan keempat di kejohanan ini selepas menjuarainya pada 2010, 2011 dan 2014, tewas 22-24, 20-22 kepada lawan yang berada 32 tangga di bawahnya dalam ranking dunia.

Kekalahan pemain nombor dua dunia itu yang juga pilihan kedua bagi edisi kali ini, turut menyaksikan rekod cemerlang beliau di kejohanan Seluruh England sejak 2009 hingga 2014 yang tidak pernah gagal mara ke final, berakhir.

Chong Wei, 33, tidak beraksi di Seluruh England tahun lalu kerana menjalani penggantungan lapan bulan akibat kesalahan doping ketika itu.

Ini juga adalah kemenangan pertama Sai Praneeth, 24, ke atas Chong Wei dalam lima pertemuan mereka sejak Mei 2012. Kali terakhir mereka bertarung adalah di suku akhir Terbuka Kanada Jun tahun lepas.

Berikutan kekalahan itu, Malaysia tidak lagi mempunyai wakil dalam acara perseorangan lelaki, sebaliknya mengharapkan pasangan veteran, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan cabaran negara dalam acara beregu lelaki.

Cabaran pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yee juga berakhir seawal pusingan pertama selepas tunduk 11-21, 18-21 kepada Lindaweni Fanetri dari Indonesia manakala beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tumpas 21-16, 17-21 di tangan gandingan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Kim Ha Na.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara beregu wanita.-Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Lee Chong Wei Tewas Mengejut Di Tangan Pemain Kurang Ternama
Lee Chong Wei Tewas Mengejut Di Tangan Pemain Kurang Ternama
Pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei tersingkir daripada Kejohanan Seluruh England selepas tewas mengejut kepada B Sai Praneeth dari India di pusingan pertama di Barclaycard Arena, Birmingham awal pagi ini.
https://4.bp.blogspot.com/-P9goR-b58v4/VuEVBvNGSPI/AAAAAAAADFQ/4tKdFnKFHx0/s1600/Lee-Chong-Wei1.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-P9goR-b58v4/VuEVBvNGSPI/AAAAAAAADFQ/4tKdFnKFHx0/s72-c/Lee-Chong-Wei1.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/03/lee-chong-wei-tewas-mengejut-di-tangan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/03/lee-chong-wei-tewas-mengejut-di-tangan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy