Laporan 1MDB Dokumen Rahsia Sehingga Dibentang

Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak lagi menjadi dokumen rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membentangkan Laporan Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB di Parlimen.

PAC menyifatkan Ketua Audit Negara berhak dan mempunyai kuasa perundangan untuk mengklasifikasikan laporan akhir itu sebagai dokumen rahsia bagi mengelakkan ia dibocorkan kepada pihak tidak bertanggungjawab. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak lagi menjadi dokumen rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membentangkan Laporan Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB di Parlimen.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin berkata perkara itu dijelaskan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang pada mesyuarat PAC hari ini.

"Laporan Pengauditan 1MDB hanya diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi sehingga PAC membentangkan Laporan Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB di Parlimen," kata Hasan dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Penjelasan itu dibuat berikutan berlaku kekeliruan berhubung status Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas pembentangan oleh Ketua Audit Negara kepada PAC, pada Jumaat lalu.

Pada mesyuarat itu, PAC menyifatkan Ketua Audit Negara berhak dan mempunyai kuasa perundangan untuk mengklasifikasikan laporan akhir itu sebagai dokumen rahsia bagi mengelakkan ia dibocorkan kepada pihak tidak bertanggungjawab sehingga memberikan perspektif negatif terhadap Jabatan Audit Negara dan PAC.

Hasan turut menjelaskan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB oleh PAC adalah berbeza dengan Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan ke Parlimen setiap tahun sebelum ia menjadi dokumen awam.

Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dibentangkan kepada PAC selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 5 Mac tahun lalu yang mengarahkan Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan terhadap 1MDB. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Laporan 1MDB Dokumen Rahsia Sehingga Dibentang
Laporan 1MDB Dokumen Rahsia Sehingga Dibentang
Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak lagi menjadi dokumen rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membentangkan Laporan Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB di Parlimen.
https://2.bp.blogspot.com/-RxGSEXBD3FI/Vt42UscP6VI/AAAAAAAADAI/8omLLD-ofqk/s1600/1mdb.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-RxGSEXBD3FI/Vt42UscP6VI/AAAAAAAADAI/8omLLD-ofqk/s72-c/1mdb.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/03/laporan-1mdb-dokumen-rahsia-sehingga.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/03/laporan-1mdb-dokumen-rahsia-sehingga.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy