Kerani Mengaku Curi Jaket

Seorang kerani wanita dijatuhi hukuman berbentuk bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, selepas mengaku bersalah mencuri sehelai jaket di pasar raya terkemuka di sini, awal Februari lalu.

Seorang kerani wanita dijatuhi hukuman berbentuk bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, selepas mengaku bersalah mencuri sehelai jaket di pasar raya terkemuka.- Gambar Fail

MELAKA - Seorang kerani wanita dijatuhi hukuman berbentuk bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, selepas mengaku bersalah mencuri sehelai jaket di pasar raya terkemuka di sini, awal Februari lalu.

Tertuduh Fatimah Salleh, 31, mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri sehelai jaket (blazer) berwarna hitam bernilai RM149 dari pasar raya AEON Ayer Keroh pada 6.30 petang, 2 Februari lalu.

Justeru tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Peguam Bela Ishak Kari yang mewakili tertuduh merayu, anak guamnya tidak dijatuhi hukuman penjara atau denda dengan mengambil kira faktor barangan yang sudah dikembalikan, nilai barangan, masa depan kerjaya tertuduh serta keinsafan selepas direman sehari.

Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak bagaimanapun mencadangkan hukuman berbentuk langkah pencegahan agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mohd Asri kemudian memerintahkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik mengikut Seksyen 173(a) Kanun Tatacara Jenayah tanpa cagaran dua tahun dan diperintah melakukan kerja wajib di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama 240 jam, sepanjang tempoh bon.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kerani Mengaku Curi Jaket
Kerani Mengaku Curi Jaket
Seorang kerani wanita dijatuhi hukuman berbentuk bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, selepas mengaku bersalah mencuri sehelai jaket di pasar raya terkemuka di sini, awal Februari lalu.
https://3.bp.blogspot.com/-o5KY8lEFlnI/Vt6XQ6SHI4I/AAAAAAAADBY/q6bdgQDU1wE/s640/gari.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-o5KY8lEFlnI/Vt6XQ6SHI4I/AAAAAAAADBY/q6bdgQDU1wE/s72-c/gari.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/03/kerani-mengaku-curi-jaket.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/03/kerani-mengaku-curi-jaket.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy