Kelantan Kaji Cadangan Laksana Hukuman Sebat Di Tempat Awam

Kerajaan Kelantan akan mengkaji cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah zina dilakukan di tempat awam bagi memberi pengajaran kepada pesalah.

Sultan Muhammad V pada Selasa mencadangkan agar kerajaan negeri melaksanakan hukuman itu di tempat awam bagi memberi pengajaran kepada pesalah zina. - Gambar Fail

KOTA BARU - Kerajaan Kelantan akan mengkaji cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah zina dilakukan di tempat awam bagi memberi pengajaran kepada pesalah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, cadangan yang dikemukakan Datuk Hassan Mahamood (PAS-Tawang) adalah baik kerana ia mampu menakutkan masyarakat daripada melakukan perbuatan itu.

"Kita telah melaksanakan hukuman rotan ini namun ia dilakukan di penjara sahaja dengan maksimum enam sebatan. Boleh jadi kalau diadakan di hadapan orang ramai, ia boleh menggerunkan mereka untuk melakukan kesalahan berkenaan.

"Apapun kerajaan (negeri) akan melakukan kajian tentang perkara ini terlebih dahulu," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang bermula Isnin lalu dan berakhir pada Rabu.

Hassan ketika membahaskan titah Sultan Muhammad V pada Selasa mencadangkan agar kerajaan negeri melaksanakan hukuman itu di tempat awam bagi memberi pengajaran kepada pesalah zina.

Mohd Nassuruddin berkata pada masa ini, hukuman sedia ada bagi pesalah zina di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah penjara tidak lebih tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan yang dilaksanakan di lokap pesalah. 

Beliau berkata, langkah sebat di tempat awam boleh dilaksanakan selepas kerajaan Kelantan mengasingkan Jabatan Pendakwaan Syariah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam tahun lepas, sekaligus memudahkan kerajaan negeri membuat sebarang keputusan selepas melakukan kajian berhubung hukuman sebat.

Sementara itu Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, hukuman itu bukan  termasuk di bawah undang-undang Islam hudud kerana Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen belum dipinda.

"Ini belum hudud lagi sebab hanya melibatkan enam sebatan sahaja dan masih belum memenuhi (kriteria hudud), tapi ada cadangan supaya ia dibuat di tempat awam.

"Tapi kerajaan negeri belum ada keputusan lagi (berhubung perkara itu). Ada banyak aspek yang akan dibincangkan sebelum melaksanakannya. Kerajaan (negeri) kena bincang dulu di peringkat exco," katanya kepada pemberita selepas sidang DUN ditangguhkan.

Pada Mac tahun lepas, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kelantan Kaji Cadangan Laksana Hukuman Sebat Di Tempat Awam
Kelantan Kaji Cadangan Laksana Hukuman Sebat Di Tempat Awam
Kerajaan Kelantan akan mengkaji cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah zina dilakukan di tempat awam bagi memberi pengajaran kepada pesalah.
https://3.bp.blogspot.com/-OXORRgO2d7Q/VuAxhhZSDiI/AAAAAAAADEA/37CVnR7IZ4o/s640/sebat.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-OXORRgO2d7Q/VuAxhhZSDiI/AAAAAAAADEA/37CVnR7IZ4o/s72-c/sebat.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/03/kelantan-kaji-cadangan-laksana-hukuman.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/03/kelantan-kaji-cadangan-laksana-hukuman.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy