Kedai Makan Meletup

Seorang pengusaha bengkel kereta yang sedang nyenyak tidur di bengkelnya, terjaga dan terkejut apabila mendengar letupan kuat berdekatan premisnya di Kampung Padang Sebang, di sini, semalam.

Lokasi kedai makan yang meletup dikatakan berpunca dari gas memasak. Foto - Sinar Harian

ALOR GAJAH -  Seorang pengusaha bengkel kereta yang sedang nyenyak tidur di bengkelnya, terjaga dan terkejut apabila mendengar letupan kuat berdekatan premisnya  di Kampung Padang Sebang, di sini, semalam.

Memetik laporan akhbar Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, Mohd Norisham Pekan, 31, bergegas keluar dari bengkelnya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Menurut Mohd Norisham, pada mulanya dia menyangka letupan itu datang dari dalam bengkelnya kerana bunyinya amat kuat, bagaimanapun selepas dia melihat di luar, dia mendapati pintu kaca sebuah kedai makan yang terletak bersebelahan, berkecai.

“Saya terkejut dengan kejadian itu dan tak berani nak tengok sendirian. Saya terus dapatkan rakan yang tinggal berdekatan.

“Sebaik masuk ke kedai makan itu, kami didapati barangan dalam kedai bertaburan. Pintu kaca dan pintu besi utama kedai juga sudah berkecai berselerakan sehingga bertaburan ke jalan,” katanya kemudian terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pemilik kedai makan terbabit.

Sementara itu, pemilik kedai terbabit, Zaharah Saad, 53, berkata, dia panik apabila diberitahu mengenai insiden menimpa kedai makan miliknya itu.

“Ketika kejadian, saya berada di rumah.  Seorang jiran beritahu tentang kejadian itu. Kira-kira jam 6 pagi saya terus datang ke sini dan tidak tahu apa hendak dilakukan. Bomba pun sudah tiba masa itu.

“Saya tak tahu apa puncanya sama ada litar pintas atau gas memasak. Ini kejadian pertama sejak saya menjalankan perniagaan ini hampir tiga tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba Bahagian Operasi negeri, Kamarulzaman Mohd Din berkata, tiga jentera bomba dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada letupan gas memasak dalam kedai berkenaan.

“Kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan. Jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kedai Makan Meletup
Kedai Makan Meletup
Seorang pengusaha bengkel kereta yang sedang nyenyak tidur di bengkelnya, terjaga dan terkejut apabila mendengar letupan kuat berdekatan premisnya di Kampung Padang Sebang, di sini, semalam.
https://3.bp.blogspot.com/-N-XiauC-ICE/Vt43eAvG8mI/AAAAAAAADAQ/c-cdEZbk9Rk/s640/kedai.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-N-XiauC-ICE/Vt43eAvG8mI/AAAAAAAADAQ/c-cdEZbk9Rk/s72-c/kedai.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/03/kedai-makan-meletup.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/03/kedai-makan-meletup.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy