JDT Terus Lakar Kemenangan Dalam Saingan AFC 2016

Juara bertahan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Johor Darul Takzim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Kumpulan H selepas menewaskan kelab dari India, JSW Bengaluru FC 1-0 di Stadium Sree Kanteerava, Bangalore, India, malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan terus menerajui Kumpulan H dengan kutipan enam mata selepas dua perlawanan. Foto - Bengaluru FC

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Johor Darul Takzim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Kumpulan H selepas menewaskan kelab dari India, 1-0 di Stadium Sree Kanteerava, Bangalore, India, malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan terus menerajui Kumpulan H dengan kutipan enam mata selepas dua perlawanan.

Pada aksi disiarkan secara langsung menerusi TV9, kedua-dua pasukan saling  berbalas serangan bagi memburu gol pembukaan, namun dihampakan oleh kekebalan benteng pertahanan masing-masing.

Peluang terbaik JDT memecah kebuntuan hadir pada minit ke-21, namun percubaan daripada luar kotak penalti Juan Martin Lucero berjaya ditepis penjaga gol pasukan tuan rumah, Lalthuammawia Ralte dan keputusan seri tanpa jaringan  kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, JDT meneruskan asakan dan hasilnya, kapten pasukan Safiq Rahim meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-54.

Kedua-dua pasukan terus mengasak kubu masing-masing, namun keputusan 1-0 itu kekal sehingga perlawanan tamat.

Untuk rekod, JDT mengalahkan JSW Bengaluru FC 2-1 pada Pusingan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 4 Feb tahun lepas.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan H, wakil Myanmar Ayeyawady United mencatat kemenangan sulung 4-2 ke atas kelab Laos, Lao Toyota FC di Stadium Pusat Latihan Belia, Myanmar.

JDT akan melayan kunjungan Lao Toyota FC di laman sendiri, manakala JSW Bengaluru FC bakal berkunjung ke Myanmar berdepan Ayeyawady United pada aksi ketiga Kumpulan H, 16 Mac ini, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: JDT Terus Lakar Kemenangan Dalam Saingan AFC 2016
JDT Terus Lakar Kemenangan Dalam Saingan AFC 2016
Juara bertahan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Johor Darul Takzim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Kumpulan H selepas menewaskan kelab dari India, JSW Bengaluru FC 1-0 di Stadium Sree Kanteerava, Bangalore, India, malam tadi.
https://1.bp.blogspot.com/-looorVflrsY/VuDVah-44QI/AAAAAAAADEw/Y8mV_OYE2h8/s1600/jdt.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-looorVflrsY/VuDVah-44QI/AAAAAAAADEw/Y8mV_OYE2h8/s72-c/jdt.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/03/jdt-terus-lakar-kemenangan-dalam.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/03/jdt-terus-lakar-kemenangan-dalam.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy