Inisiatif Pengurangan Cukai diharap Bantu Rakyat Urus Kewangan - Najib

Pelbagai inisiatif kerajaan berkaitan pengurangan cukai bagi tahun taksiran 2015 diharap dapat membantu rakyat dalam menguruskan kewangan dan menangani kesan kenaikan kos sara hidup.

kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif termasuk kadar cukai pendapatan individu dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan dan menerusi langkah itu, sebanyak 300,000 orang tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Pelbagai inisiatif kerajaan berkaitan  pengurangan cukai bagi tahun taksiran 2015 diharap dapat membantu rakyat dalam menguruskan kewangan dan menangani kesan kenaikan kos sara hidup.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ramai akan mula memfailkan penyata cukai sama ada di pejabat-pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara atau secara dalam talian.

"Langkah ini adalah perlu bagi memastikan semua individu yang berkenaan telah membayar cukai yang bertepatan serta menerima pulangan cukai di mana berhak selain mengelakkan berlakunya ketirisan," katanya dalam catatan dalam laman blog NajibRazak.com.

Beliau berkata dalam Bajet 2015, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif termasuk kadar cukai pendapatan individu dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan dan menerusi langkah itu, sebanyak 300,000 orang tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan.

Katanya, golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai selain kadar cukai maksimum 26 peratus pula dikurangkan kepada 24, 24.5 dan 25 peratus.

Selain itu, Najib berkata dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 pula, kerajaan telah mengumumkan akan memberi pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015, sebagai langkah tambahan membantu rakyat.

Melalui langkah ini, katanya, kerajaan akan mengalami kerugian sebanyak RM350 juta tetapi pada masa sama dapat memberi penjimatan bayaran cukai individu sehingga RM475 serta memanfaatkan sebanyak dua juta pembayar cukai.

"Saya harap kesemua inisiatif yang telah dan akan diambil ini sedikit-sebanyak dapat membantu rakyat dalam menguruskan kewangan mereka dan menangani kesan kenaikan kos sara hidup, Insya-Allah," katanya.-Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Inisiatif Pengurangan Cukai diharap Bantu Rakyat Urus Kewangan - Najib
Inisiatif Pengurangan Cukai diharap Bantu Rakyat Urus Kewangan - Najib
Pelbagai inisiatif kerajaan berkaitan pengurangan cukai bagi tahun taksiran 2015 diharap dapat membantu rakyat dalam menguruskan kewangan dan menangani kesan kenaikan kos sara hidup.
https://4.bp.blogspot.com/-sBe8lcM9c8I/VuAvqjKLOFI/AAAAAAAADD0/kui_5SaaJHA/s1600/najib%2Brazak.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-sBe8lcM9c8I/VuAvqjKLOFI/AAAAAAAADD0/kui_5SaaJHA/s72-c/najib%2Brazak.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/03/inisiatif-pengurangan-cukai-diharap.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/03/inisiatif-pengurangan-cukai-diharap.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy