Elaun Keraian Menteri, Timbalan Menteri Dikurangkan

Berkuatkuasa bulan ini, Kementerian Kewangan mengumumkan pengurangkan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri.

Langkah penjimatan itu diumumkan menerusi pekeliling bertajuk 'Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan' di laman web rasmi Perbendaharaan..- Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Berkuatkuasa bulan ini, Kementerian Kewangan mengumumkan pengurangkan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri.

Langkah penjimatan itu diumumkan menerusi pekeliling bertajuk 'Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan' di laman web rasmi Perbendaharaan.

Pekeliling itu bertujuan memastikan semua ketua setiausaha kementerian; ketua jabatan; ketua badan berkanun; ketua eksekutif syarikat terhad dengan jaminan (CLBG) dan ketua agensi lain yang menerima peruntukan kerajaan bagi mengoptimumkan perbelanjaan.

Menurut pekeling berkenaan, semua acara, majlis, mesyuarat, bengkel dan seminar mesti diadakan di premis kerajaan sahaja dan dikurangkan perbelanjaan sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Selain elaun keraian itu, langkah penjimatan lain yang diumumkan ialah membekukan pengambilan perjawatan baharu dan hanya membenarkan pengisian bagi menggantikan mereka yang bersara atau berhenti serta tidak membabitkan kewangan tambahan. 

"Pertambahan jawatan baharu hanya dibenarkan di dalam sektor kritikal seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan, penguatkuasaan dan kutipan hasil tetapi dikawal dengan ketat.

"Kekosongan jawatan lebih daripada dua tahun dimansuhkan manakala perlantikan pegawai kontrak baharu tidak dibenarkan, hanya boleh memperbaharui kontrak sedia ada," menurut dokumen itu.

Pekeliling itu turut menyatakan perbelanjaan bagi membayar elaun lebih masa akan diperketatkan di mana bagi perjalanan ke luar negara, ia hanya dibenarkan bagi urusan yang dijadualkan atau diluluskan.

Pada masa sama, pihak berwajib juga digalakkan untuk mewakilkan urusan di luar negara kepada duta atau ketua perwakilan Malaysia.

Selain itu, semua semua projek yang mempunyai komponen import yang tinggi perlu ditangguhkan dan pemberian geran kepada industri dikaji semula.

"Kementerian dan jabatan perlu mengenal pasti kaedah meningkatkan hasil dan cara lain untuk berjimat. Jika ia dapat dilaksanakan, kerajaan akan menimbangkan insentif bersesuaian," menurutnya, lapor mStar.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Elaun Keraian Menteri, Timbalan Menteri Dikurangkan
Elaun Keraian Menteri, Timbalan Menteri Dikurangkan
Berkuatkuasa bulan ini, Kementerian Kewangan mengumumkan pengurangkan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri.
https://4.bp.blogspot.com/-wRAdC0c2ZwM/Vt_QgvBg5FI/AAAAAAAADC8/Vr0oH6cxB4E/s640/Kementrian-Kewangan.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-wRAdC0c2ZwM/Vt_QgvBg5FI/AAAAAAAADC8/Vr0oH6cxB4E/s72-c/Kementrian-Kewangan.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/03/elaun-keraian-menteri-timbalan-menteri.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/03/elaun-keraian-menteri-timbalan-menteri.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy