Dua Objek Ditemui Di KLCC Bukan Bom

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan dua objek ditemui di Aquaria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bukan bahan letupan seperti tersebar di laman sosial.

Siasatan awal polis terhadap dua botol di KLCC bukannya bahan letupan tetapi bahan uji kaji lampu yang ditinggalkan oleh penuntut sekolah. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan dua objek ditemui di Aquaria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bukan bahan letupan seperti tersebar di laman sosial.

Beliau berkata dua objek berkenaan adalah bahan uji kaji dilakukan oleh pelajar yang melawat tempat itu petang tadi.

"Siasatan awal polis terhadap dua botol di KLCC bukannya bahan letupan tetapi bahan uji kaji lampu yang ditinggalkan oleh penuntut sekolah.

"Uji kaji lampu dalam botol ini dinamakan STARLAB oleh Petrosains kepada murid sekolah dan telah diberi kepada murid-murid sebagai cenderahati," kata Khalid dalam Twitternya.

Khalid berkata murid daripada sebuah sekolah di Bukit Beruntung, telah meninggalkan dua botol itu di KLCC, dan disyaki bom oleh individu yang menemuinya.    

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, objek berkenaan ditemui pada 5.15 petang tadi oleh seorang tukang cuci.

Menurutnya tukang cuci terbabit memaklumkan kepada pihak keselamatan Aquaria KLCC pada 5.30 petang.

"Kami yang menerima laporan tentang objek berkenaan bergegas ke lokasi kejadian bersama Unit Pemusnah Bom (UPB) serta Unit Anjing Pengesan (K9)," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, UPB telah memusnahkan objek itu kira-kira 8 malam dengan menggunakan robot UPB.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi KLCC, Kuzaimah Idris mengesahkan bahawa dua objek yang tidak dapat dipastikan telah ditinggalkan di ruang legar pusat konvensyen berkenaan.

"Pihak berkuasa telah mengambil segala langkah yang sepatutnya dan keadaan kembali normal kira-kira 8 malam tadi.

"Keselamatan delegasi, pengunjung dan tetamu tetap menjadi keutamaan kami, dan kami akan terus bekerjasama rapat dengan polis dan pihak berkuasa berkaitan," katanya dalam kenyataan. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Dua Objek Ditemui Di KLCC Bukan Bom
Dua Objek Ditemui Di KLCC Bukan Bom
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan dua objek ditemui di Aquaria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bukan bahan letupan seperti tersebar di laman sosial.
https://1.bp.blogspot.com/-iiwWGtjDi-I/VuDQU8txsUI/AAAAAAAADEM/Ju3_k2Qjs5k/s640/bom%2Bklcc.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-iiwWGtjDi-I/VuDQU8txsUI/AAAAAAAADEM/Ju3_k2Qjs5k/s72-c/bom%2Bklcc.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/03/dua-objek-ditemui-di-klcc-bukan-bom.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/03/dua-objek-ditemui-di-klcc-bukan-bom.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy