Anggota Polis Cedera Dipukul Penunggang Motosikal

Seorang koperal polis cedera akibat dipukul seorang penunggang motosikal ketika menjalankan operasi sekatan jalan raya di Jalan Sultan Nazrin Shah, Isnin malam

"Suspek bertindak melompat daripada motosikalnya dan memukul anggota polis itu dengan menggunakan helmet di bahagian kepala sambil memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat", ACP Sum Chang Keong.- Gambar Fail

IPOH - Seorang koperal polis cedera akibat dipukul seorang penunggang motosikal ketika menjalankan operasi sekatan jalan raya di Jalan Sultan Nazrin Shah, Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata,  dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, lelaki berkenaan bersama pemboncengnya, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang menaiki motosikal Honda Wave dari arah Bulatan Sultan Yusuf dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.  

Beliau berkata anggota polis itu dipukul pada bahagian tangan oleh lelaki berusia 27 tahun itu. 

"Suspek bertindak melompat daripada motosikalnya dan memukul anggota polis itu dengan menggunakan helmet di bahagian kepala sambil memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat.  

Suspek turut menendang beberapa kali anggota polis itu sebelum ditahan dengan bantuan rakan setugas serta pengguna jalan raya," kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Pasir Puteh, di sini, Selasa.

Sum berkata anggota polis itu mengalami bengkak di bahagian muka sebelah kanan, luka ringan di kaki serta tangan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. 

Beliau berkata polis mengeluarkan saman ke atas penunggang terbabit kerana tiada lesen memandu serta memasuki laluan yang bertentangan.  

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap penjawat awam dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil 1955. -Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Anggota Polis Cedera Dipukul Penunggang Motosikal
Anggota Polis Cedera Dipukul Penunggang Motosikal
Seorang koperal polis cedera akibat dipukul seorang penunggang motosikal ketika menjalankan operasi sekatan jalan raya di Jalan Sultan Nazrin Shah, Isnin malam
https://1.bp.blogspot.com/-WWd0lImOJ94/Vt52RLY4dnI/AAAAAAAADA8/8fGQjMBFvls/s640/Sum_Chang_Keong.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-WWd0lImOJ94/Vt52RLY4dnI/AAAAAAAADA8/8fGQjMBFvls/s72-c/Sum_Chang_Keong.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/03/anggota-polis-cedera-dipukul-penunggang.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/03/anggota-polis-cedera-dipukul-penunggang.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy