652 Rumah Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan Dijangka Siap Jun Ini

Sebanyak 652 rumah kekal baharu (RKB) sedang dalam pembinaan untuk penduduk yang kehilangan rumah akibat banjir pada 2014, dijangka dapat disiapkan pada Jun ini.

"Daripada 1,661 RKB yang perlu dibina untuk mangsa banjir hanya tinggal 652 RKB yang kini masih dalam pembinaan dan kita berazam untuk menyiapkannya pada penghujung Jun,"- Mustapa Mohamed.-Gambar Fail

KOTA BAHARU - Sebanyak 652 rumah kekal baharu (RKB) sedang dalam pembinaan untuk penduduk yang kehilangan rumah akibat banjir pada 2014, dijangka dapat disiapkan pada Jun ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata daripada jumlah itu, sebanyak 516 RKB sedang dibina oleh Kerajaan Persekutuan manakala 136 RKB oleh kerajaan Kelantan.

"Daripada 1,661 RKB yang perlu dibina untuk mangsa banjir hanya tinggal 652 RKB yang kini masih dalam pembinaan dan kita berazam untuk menyiapkannya pada penghujung Jun," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kelewatan untuk menyiapkan rumah terbabit disebabkan kekangan untuk mendapatkan tanah yang sesuai sebagai tapak pembinaan rumah berkenaan.

"Bagi penduduk yang mempunyai tanah sendiri tidak menjadi masalah untuk kita bina rumah tetapi lebih separuh daripada mereka yang terbabit tidak mempunyai tanah sendiri kerana sebelum ini mereka tinggal di tanah rizab dan mereka ini tidak dibenarkan untuk mendirikan semula rumah di atas tanah rizab tersebut," katanya.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mengambil masa untuk mencari tanah yang sesuai sama ada milik agensi kerajaan atau membelinya daripada individu.-Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: 652 Rumah Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan Dijangka Siap Jun Ini
652 Rumah Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan Dijangka Siap Jun Ini
Sebanyak 652 rumah kekal baharu (RKB) sedang dalam pembinaan untuk penduduk yang kehilangan rumah akibat banjir pada 2014, dijangka dapat disiapkan pada Jun ini.
https://3.bp.blogspot.com/-qNB6yn18hm4/Vt_X9-reQxI/AAAAAAAADDM/m4AkbXYBfBQ/s1600/rumah%2Bbanjir%2Bkelantan.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-qNB6yn18hm4/Vt_X9-reQxI/AAAAAAAADDM/m4AkbXYBfBQ/s72-c/rumah%2Bbanjir%2Bkelantan.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/03/652-rumah-untuk-mangsa-banjir-di.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/03/652-rumah-untuk-mangsa-banjir-di.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy