Wang Bantuan Banjir Simpanan YBUDR RM40,000 Hilang

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) semalam mengakui berlaku kecurian wang bantuan ehsan banjir sebanyak RM40,000 dalam simpanan yayasan itu tahun lepas.

Datuk Ismail Saffian berkata wang sebanyak RM500 yang diletakkan dalam setiap satu dari 80 sampul itu disedari hilang pada 18 Sept dan laporan polis dibuat tiga hari kemudian. - Gambar Fail

IPOH - Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) semalam mengakui berlaku kecurian wang bantuan ehsan banjir sebanyak RM40,000 dalam simpanan yayasan itu tahun lepas.

Ketua pegawai eksekutifnya Datuk Ismail Saffian berkata wang sebanyak RM500 yang diletakkan dalam setiap satu dari 80 sampul itu disedari hilang pada 18 Sept dan laporan polis dibuat tiga hari kemudian.

"Sehingga kini kes berkenaan masih lagi dalam siasatan polis," katanya dalam satu kenyataan.

Ismail berkata wang bantuan daripada kerajaan negeri Perak itu diagihkan kepada seramai 9,273 penerima.

"Senarai penerima dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan bantuan tersebut telah diagihkan sepenuhnya," katanya.

Ismail mengulas kenyataan Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak berhubung kehilangan wang tersebut pada sidang media pada Selasa.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Negeri Mohd Fitri Asmuni berkata YBUDR perlu memperjelaskan mengenai kehilangan wang yang diuruskan oleh yayasan itu.

Beliau mendakwa lanjutan daripada kehilangan wang tersebut pada 7 Nov 2015, tiga pegawai YBUDR dan seorang pengawal keselamatan di yayasan itu direman.

"Mengikut kefahaman saya suspek yang direman telah dilepaskan dan saya percaya sehingga hari ini (Selasa) tiada pendakwaan dilakukan terhadap mereka.

"Sekiranya ada, siapa orang yang didakwa itu dan kenapa dua laporan polis dibuat dan satu daripadanya dibuat oleh pegawai tertinggi YBU.

"Mengikut laporan yang kami terima, benarkah sebahagian wang yang hilang itu sebenarnya disimpan dalam bilik pegawai tertinggi YBU?.

"Jika benar adakah siasatan terperinci telah dijalankan terhadap pegawai tertinggi itu," katanya, memetik laporan Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Wang Bantuan Banjir Simpanan YBUDR RM40,000 Hilang
Wang Bantuan Banjir Simpanan YBUDR RM40,000 Hilang
Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) semalam mengakui berlaku kecurian wang bantuan ehsan banjir sebanyak RM40,000 dalam simpanan yayasan itu tahun lepas.
https://1.bp.blogspot.com/-OlvZ9uyg0R8/Vs0nzOZhWeI/AAAAAAAAC70/Ko7cpBTjvns/s640/banjir.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-OlvZ9uyg0R8/Vs0nzOZhWeI/AAAAAAAAC70/Ko7cpBTjvns/s72-c/banjir.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/02/wang-bantuan-banjir-simpanan-ybudr.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/02/wang-bantuan-banjir-simpanan-ybudr.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy