Politik Kurang Matang Punca Renggang

Perkembangan perlahan berkaitan kematangan politik di negara ini menjejaskan hubungan antara parti pemerintah dengan pembangkang

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu, pertelingkahan politik perlu diketepikan dan ahli politik perlu dipandu dengan kesedaran dalam melayani pelbagai pihak berkepentingan. - Gambar Fail

SHAH ALAM - Perkembangan perlahan berkaitan kematangan politik di negara ini menjejaskan hubungan antara parti pemerintah dengan pembangkang.

Memetik laporan Sinar Harian, veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa, keadaan tersebut telah menyebabkan wujud pemikiran 'mereka dan kami' dalam kalangan ahli politik serta ahli parlimen dengan menafikan perkembangan negara dari sisi berbeza.

“Mungkin sudah tiba masanya kita merubah pemikiran tersebut dan pada saya Lim Kit Siang (Penasihat DAP) selaku orang lama dapat memberikan sumbangan positif dengan pengalaman selaku ahli Parlimen. Pengalamannya pasti berguna walaupun beliau berada dalam parti pembangkang selama ini,” katanya dalam ucapan sempena sambutan hari lahir ke-75 Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Sabtu lalu yang dimuat naik di Facebooknya.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu, pertelingkahan politik perlu diketepikan dan ahli politik perlu dipandu dengan kesedaran dalam melayani pelbagai pihak berkepentingan.

“Dalam hal ini, Kit Siang selaku orang lama dan veteran ahli parlimen boleh memainkan peranan. Keupayaan kita mendekati usaha untuk bekerjasama antara satu sama lain pastinya menyumbang kepada peningkatan kualiti politik dan pada masa sama mempercepatkan tempoh matang,” katanya.

Menurut Tengku Razaleigh, ahli politik hari ni perlu didorong niat mulia untuk berkhidmat kepada rakyat dan kebaikan negara.

“Oleh itu kurangkan politik kepentingan peribadi, hapuskan politik konfrontasi dan kurangkan perselisihan yang merugikan semua pihak.

“Kerajaan dan pembangkang seharusnya menerima antara satu sama lain sebagai rakan kongsi dengan bergerak seiringan,” katanya.

Katanya, pendirian perdamaian oleh ahli politik yang mempunyai kepercayaan berbeza perlu membawa budaya lebih mesra walaupun berlainan parti dan terbuka untuk menerima.

“Pada pandangan peribadi saya, pendekatan profesional dan mesra dalam menjalankan tugas kepada rakyat bakal mewujudkan hubungan awam lebih bermakna,” katanya.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Politik Kurang Matang Punca Renggang
Politik Kurang Matang Punca Renggang
Perkembangan perlahan berkaitan kematangan politik di negara ini menjejaskan hubungan antara parti pemerintah dengan pembangkang
https://1.bp.blogspot.com/-UrR1fupTNtg/Vs1JGCgpwzI/AAAAAAAAC9Q/k4MJx6-97Oo/s1600/kuli.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-UrR1fupTNtg/Vs1JGCgpwzI/AAAAAAAAC9Q/k4MJx6-97Oo/s72-c/kuli.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/02/politik-kurang-matang-punca-renggang.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/02/politik-kurang-matang-punca-renggang.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy