Peguam Negara Gugur Dakwaan Hasutan Terhadap Azmi Sharom

Pejabat Peguam Negara hari ini menggugurkan kes dakwaan Akta Hasutan 1948 terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom

Pada 2 September 2014, Dr Azmi telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan disabitkan dengan pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Pejabat Peguam Negara hari ini menggugurkan kes dakwaan Akta Hasutan 1948 terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata keputusan itu dibuat demi menegakkan keadilan dan selepas mengkaji keterangan daripada semua saksi pendakwaan di Mahkamah.

"Saya, Peguam Negara Malaysia selaku Pendakwa Raya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, dalam menggunakan budi bicara saya, memutuskan untuk memberhentikan pendakwaan ke atas Prof Madya Dr Azmi Sharom untuk pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tindakan untuk memberhentikan pendakwaan mengikut Akta Hasutan 1948 juga pernah dilakukan dalam kes membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Pada 2 September 2014, Dr Azmi telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan disabitkan dengan pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Dr Azmi, bagaimanapun, mengaku tidak salah terhadap pertuduhan menghasut berhubung krisis perlembagaan Perak 2009, 15 Ogos lalu dan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Dr Azmi didakwa kerana kenyataannya di dalam sebuah artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu), yang diterbitkan sebuah portal berita pada 14 Ogos, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Peguam Negara Gugur Dakwaan Hasutan Terhadap Azmi Sharom
Peguam Negara Gugur Dakwaan Hasutan Terhadap Azmi Sharom
Pejabat Peguam Negara hari ini menggugurkan kes dakwaan Akta Hasutan 1948 terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom
https://4.bp.blogspot.com/-d-YEnc-XS4k/Vr1QgC2YhBI/AAAAAAAAC7Y/D9qqotB9w_s/s1600/azmi-sharom.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-d-YEnc-XS4k/Vr1QgC2YhBI/AAAAAAAAC7Y/D9qqotB9w_s/s72-c/azmi-sharom.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/02/peguam-negara-gugur-dakwaan-hasutan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/02/peguam-negara-gugur-dakwaan-hasutan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy