Melaka United Fokus Kukuh Bahagian Pertahanan

Melaka United memberi fokus utama untuk mengukuhkan barisan pertahanan bagi mengelakkan gawang mereka dibolosi pada awal permainan, kata Pengurus Pasukan Datuk Yusoff Mahadi.

Melaka mencatat keputusan seri 2-2 menentang Sime Darby pada perlawanan pertama Liga Perdana,kemudian menang 2-1 menentang PKNS FC. Gambar - Berita Harian.
MELAKA - Melaka United memberi fokus utama untuk mengukuhkan barisan pertahanan bagi mengelakkan gawang mereka dibolosi pada awal permainan, kata Pengurus Pasukan Datuk Yusoff Mahadi.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United itu berkata langkah itu penting bagi memastikan pasukan itu tidak ketinggalan pada awal permainan, seperti terjadi dalam dua daripada tiga perlawanan awal musim ini, yang seterusnya menyukarkan Melaka mencatat kemenangan.

"Semua pemain terutama pertahanan perlu ambil langkah berjaga-jaga jangan kita kena gol awal, walaupun dah dipesan supaya bertahan pada minit-minit awal itu supaya jangan dibolosi tetapi tetap juga dibolosi.

"Jadi saya rasa itu kelemahan yang agak ketara pasukan kita selepas mengharungi tiga permainan, kita nampak bahawa pasukan kita dibolosi pada minit-minit awal, selepas itu baru mereka boleh memberi saingan," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau secara keseluruhan berpuas hati dengan persembahan keseluruhan pasukan Melaka dalam tiga perlawanan awal musim ini, namun menegaskan pasukan itu perlu terus menunjukkan peningkatan.

Melaka mencatat keputusan seri 2-2 menentang Sime Darby pada perlawanan pertama Liga Perdana dengan gawang Melaka bolos seawal minit ketiga, kemudian menang 2-1 menentang PKNS FC dengan gol Melaka mula dibolosi pada minit ke-49.

Pada perlawanan Piala FA, Sabtu lepas (20 Feb) menentang Kuala Lumpur, Melaka seri 1-1 dengan bolos seawal minit keempat dan kemudian tewas 2-4 menerusi sepakan penalti.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Melaka United Fokus Kukuh Bahagian Pertahanan
Melaka United Fokus Kukuh Bahagian Pertahanan
Melaka United memberi fokus utama untuk mengukuhkan barisan pertahanan bagi mengelakkan gawang mereka dibolosi pada awal permainan, kata Pengurus Pasukan Datuk Yusoff Mahadi.
https://3.bp.blogspot.com/-EgmYlzEm9Ik/Vs1iOQ2iqYI/AAAAAAAAC9s/FyiH9nBTFao/s640/Melaka_United.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-EgmYlzEm9Ik/Vs1iOQ2iqYI/AAAAAAAAC9s/FyiH9nBTFao/s72-c/Melaka_United.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/02/melaka-united-fokus-kukuh-bahagian.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/02/melaka-united-fokus-kukuh-bahagian.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy