Melaka United Benam JDT II 2 - 1

Melaka United meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Perdana 2016 apabila berjaya menewaskan pasukan JDT II di gelanggang lawan dengan jaringan 2 - 1.

Melaka United berjaya membawa pulang tiga mata berharga dari Pasir Gudang hasil kemenangan 2-1 mengatasi JDT II. Gambar - MUSA

PASIR GUDANG - Melaka United meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Perdana 2016 apabila berjaya menewaskan pasukan JDT II di gelanggang lawan dengan jaringan 2 - 1.

JDT II yang beraksi di gelanggang sendiri bermula garang apabila berjaya membolosi gawang pasukan Melaka United hasil jaringan Paulo Rangel pada minit ke-17 yang berpunca daripada kealpaan pertahanan pasukan Melaka United.

Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan Melaka United terus melakukan beberapa percubaan ke arah gawang pasukan JDT II yang dikawal oleh Muhd Al Hafiz.

Gol penyamaan Melaka United hadir pada minit ke-30 hasil sepakan percuma menarik yang diambil oleh pemain import, Balsa Bozovic dari jarak 25 meter.

Melaka United terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Mohd Alif Samsudin diperintahkan keluar padang pada minit ke-57 perlawanan akibat layangan kad kuning kedua.

Melaka United terus menggandakan asakan ke arah kubu lawan dan hasilnya pada minit ke-86, Wan Amirul Afiq berjaya menewaskan Muhd Al-Hafiz melalui satu serangan balas pantas.

Tamat perlawanan menyaksikan pasukan Melaka United berjaya membawa pulang tiga mata berharga dari Pasir Gudang dengan keputusan 2-1. 

Melaka United kini mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri dalam saingan 100Plus Liga Perdana 2016.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Melaka United Benam JDT II 2 - 1
Melaka United Benam JDT II 2 - 1
Melaka United meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Perdana 2016 apabila berjaya menewaskan pasukan JDT II di gelanggang lawan dengan jaringan 2 - 1.
https://4.bp.blogspot.com/-al2Yx1kcKng/VtCHTKdNO2I/AAAAAAAAC-A/qZ0SgFgOpp0/s1600/melaka%2Bunited.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-al2Yx1kcKng/VtCHTKdNO2I/AAAAAAAAC-A/qZ0SgFgOpp0/s72-c/melaka%2Bunited.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/02/melaka-united-benam-jdt-ii-2-1.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/02/melaka-united-benam-jdt-ii-2-1.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy