UMNO Kedah Hilang Kepercayaan Kepada Mukhriz

Hampir seluruh kepimpinan UMNO Kedah telah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Mukhriz dikatakan tidak mempunyai kepimpinan dan sebagai Menteri Besar Kedah, beliau juga gagal untuk urus tadbir kerajaan negeri. - Gambar Fail

ALOR SETAR - Hampir seluruh kepimpinan UMNO Kedah telah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan hampir kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Parlimen negeri ini daripada UMNO, di sini Rabu.

Turut hadir dalam pertemuan itu ketua-ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO negeri.

Antara pemimpin yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom dan Pengerusi Tabung Haji yang juga Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Ketika membacakan kenyataan dua muka surat itu, Ahmad Bashah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak segera untuk menyelesaikan kemelut itu.

"Kami mohon Perdana Menteri agar segera melakukan perubahan terhadap kepimpinan UMNO Kedah demi kelangsungan UMNO Negeri.

"Perdana Menteri diminta supaya mengambil tindakan menggugurkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah memandangkan rakyat sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan beliau," katanya.

Ahmad Bashah berkata semenjak Mukhriz dilantik sebagai menteri besar sehingga hari ini telah berlaku banyak masalah termasuk tidak pernah memberikan sokongan terhadap presiden parti dan memberikan pandangan-pandangan yang mengelirukan rakyat negeri ini.

Katanya Mukhriz juga gagal membuat perancangan dan persiapan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang yang semakin hampir.

"Sebab itu, kita melihat beliau tidak mempunyai kepimpinan dan sebagai Menteri Besar Kedah, beliau juga gagal untuk urus tadbir kerajaan negeri.

"Disebabkan itu, kami berhimpun untuk merayu dan membuat permohonan kepada Perdana Menteri untuk menukar Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah," kata Ahmad Bashah.

Beliau berkata tindakan segera itu perlu diambil demi menjaga parti dan rakyat negeri ini.

"Bagaimanapun kita akan menyokong sebarang keputusan yang akan diambil oleh Perdana Menteri.

"Bagi kami semua wakil rakyat yang hadir pada petang ini amat yakin sekiranya siapa sahaja yang dipilih Perdana Menteri bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kami akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi," katanya.

Sebaik tamat sidang akhbar itu, wartawan tidak dibenarkan mengajukan soalan kepada Ahmad Bashah.

Sementara itu, Menteri Pendidikan yang juga anggota Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika dihubungi berkata keputusan yang diumumkan Ahmad Bashah itu mendapat kata sepakat seluruh ADUN dan anggota Parlimen UMNO negeri.

"Ini tidak ada agenda peribadi masing-masing selain ia untuk menguatkan UMNO negeri keseluruhannya," katanya.

Beliau juga bersependapat Perdana Menteri perlu segera menyelesaikan masalah itu demi kebaikan parti. -Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: UMNO Kedah Hilang Kepercayaan Kepada Mukhriz
UMNO Kedah Hilang Kepercayaan Kepada Mukhriz
Hampir seluruh kepimpinan UMNO Kedah telah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
http://3.bp.blogspot.com/-1l5fxfN0W-I/Vp-hWI910zI/AAAAAAAAC6k/J8KXXn1BCwk/s1600/mukhriz.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-1l5fxfN0W-I/Vp-hWI910zI/AAAAAAAAC6k/J8KXXn1BCwk/s72-c/mukhriz.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/01/umno-kedah-hilang-kepercayaan-kepada.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/01/umno-kedah-hilang-kepercayaan-kepada.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy