SAMB Ganti Klorin Dengan Garam Bagi Rawat Air

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menggantikan gas klorin dengan garam berkualiti tinggi dalam proses merawat air di semua lojinya bermula hari ini.

Melaka adalah negeri pertama di Semenanjung  menggunakan garam tersebut untuk proses merawat air selepas Sabah dan Sarawak. - Gambar Fail

MELAKA - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menggantikan gas klorin dengan garam berkualiti tinggi dalam proses merawat air di semua lojinya bermula hari ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdul Talib Bachek berkata penggunaan garam itu lebih selamat dan keputusannya memberangsangkan selepas digunakan di tiga lojinya bermula pada tahun 2012.

"Garam tersebut mempunyai kandungan klorin dan sodium yang agak sama dengan gas klorin yang digunakan sebelum ini, namun penggunaan garam itu dilihat lebih selamat (berbanding gas klorin)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, garam yang digunakan perlu diimport dari negara luar seperti dari Perth, Australia dan Shanghai, China memandangkan garam tempatan tidak mencapai kualiti yang diperlukan.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani dokumen kontrak SAMB melibatkan lima syarikat korporat iaitu Lye Marketing, Kamarun Enterprise, Telekom Malaysia Berhad (TM), Greendex Sdn Bhd dan Transgenesis Marketing Sdn Bhd.   

Kesemua kontrak tersebut melibatkan RM6.7 juta bagi kerja-kerja perkhidmatan am, pembekalan paip dan pembekalan garam berkualiti tinggi untuk kegunaan SAMB bagi tahun ini dan tahun depan.

Abdul Talib berkata Melaka adalah negeri pertama di Semenanjung  menggunakan garam tersebut untuk proses merawat air selepas Sabah dan Sarawak menggunakannya sebelum ini.

"Ini adalah pendekatan baharu yang dilakukan SAMB untuk memberikan bekalan air yang lebih baik kepada rakyat," katanya. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: SAMB Ganti Klorin Dengan Garam Bagi Rawat Air
SAMB Ganti Klorin Dengan Garam Bagi Rawat Air
Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menggantikan gas klorin dengan garam berkualiti tinggi dalam proses merawat air di semua lojinya bermula hari ini.
http://3.bp.blogspot.com/-tGj0GsSFWi0/Vp-JAf_MFtI/AAAAAAAAC6I/NONBUutSVfQ/s1600/samb.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-tGj0GsSFWi0/Vp-JAf_MFtI/AAAAAAAAC6I/NONBUutSVfQ/s72-c/samb.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/01/samb-ganti-klorin-dengan-garam-bagi.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/01/samb-ganti-klorin-dengan-garam-bagi.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy