Remaja Mengaku Rogol Gadis Tipu Diculik

Seorang remaja yang keciciran, mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Klang atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, dua tahun lalu.

Berita kehilangan gadis itu mendapat perhatian masyarakat, selepas rakaman perbualan telefon remaja itu meminta tolong kakak angkatnya tersebar di media sosial. - Gambar Fail


KLANG - Seorang remaja yang keciciran, mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Klang atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, dua tahun lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, kerana dituduh merogol gadis itu, ketika dia berusia 13 tahun enam bulan di Bandar Baru Suleiman, Klang, pada Disember 2014.

Pertuduhan itu dibacakan kepada remaja itu semalam, tetapi tiada pengakuan direkodkan, kerana ibu bapanya tidak hadir di mahkamah.

Ibu bapanya yang hadir di mahkamah hari ini, memohon majistret, Nor Asma Ahmad menetapkan ikat jamin lebih rendah.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan ikat jamin RM1,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 14 Januari ini untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan sosial remaja terbabit.

Jika gagal membayar ikat jamin itu, tertuduh akan dihantar ke Asrama Sentosa, di Sentul, sementara menunggu tarikh sebutan kes berikutnya.

Remaja itu didakwa merogol seorang gadis yang menipu diculik dua lelaki, dengan menaiki sebuah van putih, minggu lalu.

Semalam, gadis berusia 15 tahun itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 196 Kanun Keseksaan, kerana membuat kenyataan palsu dan mendakwa dirinya diculik dari Bandar Sultan Suleiman, Klang, pada jam 9.12 pagi 29 Disember lalu.

Mahkamah turut menetapkan hari sama, iaitu 14 Januari untuk sebutan semula kes itu.

Minggu lalu, berita kehilangan gadis itu mendapat perhatian masyarakat, selepas rakaman perbualan telefon remaja itu meminta tolong kakak angkatnya tersebar di media sosial.

Polis kemudiannya menemui gadis itu berada dalam kereta teman lelakinya, di sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting, Khamis lalu.

Remaja terbabit kemudiannya mengaku dia memalsukan penculikannya, kerana mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama teman lelakinya, memetik laporan The Rakyat Post.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Remaja Mengaku Rogol Gadis Tipu Diculik
Remaja Mengaku Rogol Gadis Tipu Diculik
Seorang remaja yang keciciran, mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Klang atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, dua tahun lalu.
http://2.bp.blogspot.com/-hPn2Wl0JSuo/Vo4Z5hX7aSI/AAAAAAAAC3M/Vb_Bc4T-JFo/s1600/khalid.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-hPn2Wl0JSuo/Vo4Z5hX7aSI/AAAAAAAAC3M/Vb_Bc4T-JFo/s72-c/khalid.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/01/remaja-mengaku-rogol-gadis-tipu-diculik.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/01/remaja-mengaku-rogol-gadis-tipu-diculik.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy