Paip Air Kerap Pecah, Penduduk Bosan

Sembilan kali dalam tempoh tiga minggu! Itu situasi berlaku pada paip air bawah tanah di Kampung Paya Tanjung, Umbai, Melaka.

Ghani menunjukkan paip bawah tanah yang pecah menyebabkan air bertakung. Foto Ihsan - Sinar Harian.

UMBAI - Sembilan kali dalam tempoh tiga minggu! Itu situasi berlaku pada paip air bawah tanah di Kampung Paya Tanjung, di sini, yang kerap pecah sehingga menyebabkan gangguan bekalan air, selain kualiti air terjejas akibat tanah memenuhi saluran berkenaan.

Masalah itu dipercayai berpunca daripada paip bawah tanah jenis lama yang tidak lagi mampu menahan tekanan air dibekalkan ke kampung itu.

Penduduk turut mendakwa paip pecah itu menyebabkan berlaku pembaziran air sebelum masalah itu dibaik pulih Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Penduduk, Ghani Pangal, 55, berkata, disebabkan masalah yang sering berlaku itu, penduduk berdepan dengan tekanan air rendah, sekali gus menyukarkan mereka untuk menjalankan kehidupan seperti biasa.

"Cuba bayangkan dalam tempoh tiga minggu, sembilan kali berlaku paip pecah, hanya selang tempoh beberapa hari selepas masalah berkenaan diselesaikan, berlaku lagi masalah sama.

"Ini menyebabkan tekanan air tidak menentu dan kami sentiasa berdepan dengan masalah ketika mahu membasuh atau mandi, terutama ketika kebanyakan penduduk menggunakan air pada waktu yang sama,” katanya ketika ditemui, semalam.

Lebih memburukkan lagi keadaan, katanya, apabila air kotor disebabkan tanah yang memasuki paip pecah mengalir ke rumah pengguna.

Ghani mendakwa, paip dibekalkan dari Umbai ke kampung itu sudah berusia 37 tahun dan tentunya mempunyai pelbagai masalah.

"Apabila paip sudah terlalu lama sudah tentu ia tak mampu menahan tekanan air dan ini menyebabkan kejadian pecah sering berulang,” katanya.

Sementara itu Pengerusi JKKK Paya Tanjung, Syed Mustakim Syed Yusof berkata, beliau berharap pihak SAMB dapat menukar paip lama yang berisiko pecah, kerana ia bukan saja merugikan penduduk malah mereka juga berdepan kerugian kerana air dibazirkan begitu saja.

"Sekiranya paip pecah sering berlaku, ini bermakna ada masalah dengan paip di bawah tanah dan ia perlu ditukar.

"Saya berharap tindakan jangka masa pendek dapat dilakukan dalam mengatasi situasi yang berlaku pada masa ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Datuk Ir Khalid Nasir gagal dihubungi untuk mendapatkan maklum balas mengenai masalah berkenaan, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Paip Air Kerap Pecah, Penduduk Bosan
Paip Air Kerap Pecah, Penduduk Bosan
Sembilan kali dalam tempoh tiga minggu! Itu situasi berlaku pada paip air bawah tanah di Kampung Paya Tanjung, Umbai, Melaka.
http://3.bp.blogspot.com/-xtxCvCKyPEM/VpdKfjlPf8I/AAAAAAAAC4w/EfbwgWvBpeU/s640/paip%2Bpecah.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-xtxCvCKyPEM/VpdKfjlPf8I/AAAAAAAAC4w/EfbwgWvBpeU/s72-c/paip%2Bpecah.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/01/paip-air-kerap-pecah-penduduk-bosan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/01/paip-air-kerap-pecah-penduduk-bosan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy