KWSP Teruskan Pelaburan Dalam Negara

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan terus melabur dalam negara tahun ini bagi membantu menyokong ekonomi Malaysia.

"Kami akan terus melabur. Kami sedang mengenal pasti aset yang sesuai untuk melabur," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan. - Gambar Fail

SINGAPURA - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan terus melabur dalam negara tahun ini bagi membantu menyokong ekonomi Malaysia.

"Kami akan terus melabur. Kami sedang mengenal pasti aset yang sesuai untuk melabur," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Shahril berkata strategi yang sama akan dilaksanakan dengan membawa masuk rakan asing untuk melabur dalam negara. 

"Inilah sebahagian daripada peranan yang kami laksanakan, membawa masuk hubungan yang telah kami jalin di luar negara," katanya.

Shahril berkata sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dana pencen itu menggalakkan rakan globalnya melabur bersama-sama di Malaysia.

Ini termasuk pembabitan terbarunya dalam hab logistik bersama Goodman Group Australia, dan secara berasingan dengan beberapa dana pencen global.

Ditanya mengenai unjuran peruntukan pelaburan domestik tahun ini, Shahril berkata ia berbeza dari semasa ke semasa.

"Ia bergantung kepada ketersediaan aset yang sesuai. Kami tidak menyasarkan sasaran tepat," katanya.

Pelaburan daripada syarikat tempatan sangat penting dalam merangsang ekonomi domestik selari dengan kedudukan ekonomi dunia yang lemah.

Justeru pada September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelbagai langkah untuk mengukuhkan ekonomi negara.

Ini termasuk menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), dan firma swasta membawa pulang keuntungan untuk melabur dalam projek tempatan yang mempunyai kesan pengganda yang luas.

Najib berkata sejak pulih daripada krisis kewangan Asia 1997/1998, syarikat swasta dan GLIC di luar negara sudah meluaskan dan meningkatkan pelaburan masing-masing, melebihi jumlah pelaburan langsung dalam negara.

Sehingga Jun 2015, Malaysia merupakan pengkesport bersih modal.

Pelaburan yang dibuat oleh GLIC di luar negara bernilai RM522 bilion berbanding pelaburan langsung asing sebanyak RM477 bilion. Shahril ditemui pada majlis  pembinaan akhir Pusat Tanjung Pagar bernilai RM9.7 bilion oleh GuocoLand Group, di sini.

KWSP menguasai 20 peratus kepentingan dalam projek ini. Ditanya mengenai pelaburan KWSP di Singapura, Shahril berkata dana itu tidak mempunyai rancangan untuk melupuskan kepentingannya dalam projek pembangunan Pusat Tanjung Pagar.

Sementara itu, Pengarah Urusan GuocoLand (Singapore) Pte Ltd Cheng Hsing Yao menyifatkan KWSP sebagai rakan profesional jangka panjangnya.

GuocoLand menjalin perjanjian dengan dana pencen Malaysia itu pada 2011 untuk memajukan projek berkenaan, yang bakal menjadi bangunan tertinggi di republik ini.

Syarikat itu menjual 20 peratus pegangannya, bernilai kira-kira RM1.95 bilion, kepada KWSP dalam projek pembangunan pelbagai kegunaan di kawasan seluas 1.7 juta kaki persegi di atas stesen MRT Tanjong Pagar.

GuocoLand memperoleh tapak pajakan 99 tahun ini yang menelan belanja kira-kira RM5.21 bilion.

Pusat Tanjung Pagar setinggi 290 meter dijadual siap pada pertengahan 2016. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: KWSP Teruskan Pelaburan Dalam Negara
KWSP Teruskan Pelaburan Dalam Negara
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan terus melabur dalam negara tahun ini bagi membantu menyokong ekonomi Malaysia.
http://2.bp.blogspot.com/-XkzwO5FWd5o/VpdQV-NtphI/AAAAAAAAC5U/cq8F2IO_lfM/s1600/kwsp.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-XkzwO5FWd5o/VpdQV-NtphI/AAAAAAAAC5U/cq8F2IO_lfM/s72-c/kwsp.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/01/kwsp-teruskan-pelaburan-dalam-negara.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/01/kwsp-teruskan-pelaburan-dalam-negara.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy