Kawasan Bauksit Bakal Jadi Tanah Gersang

Kawasan perlombongan bauksit di sekitar Bukit Goh, Bukit Kuantan dan Bukit Sagu bakal menjadi padang jarak padang tekukur kerana ia tidak lagi sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian mahupun penempatan.

"Paling membimbangkan ialah apabila tanah lapisan atas yang dibiarkan mengunung berhampiran kawasan kediaman. Ia boleh mendatangkan risiko tanah runtuh dan banjir lumpur, jika berlaku hujan lebat," - Gambar Fail

KUANTAN - Kawasan perlombongan bauksit di sekitar Bukit Goh, Bukit Kuantan dan Bukit Sagu bakal menjadi padang jarak padang tekukur kerana ia tidak lagi sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian mahupun penempatan.

Ketua Jabatan Kejuruteraaan Geoteknik dan Infrastruktur Fakulti Kejuteraan Awam Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr Muzamir Hasan berkata ini kerana struktur dan sifat tanah itu sendiri telah terganggu menyebabkan ia mengambil masa yang lama untuk kembali pulih seperti sedia kala.

"Ia tidak lagi boleh digunakan untuk jangka masa pendek termasuk untuk pertanian kerana tidak lagi subur. Proses pemulihan untuk mengembalikan galian atau zat-zat yang berada di dalam tanah pula akan mengambil masa lama.

"Begitu juga jika hendak dilakukan kawasan perumahan, ia memerlukan jangka masa panjang untuk membolehkan struktur tanah di kawasan berkenaan kembali kukuh dan benar-benar padat sebelum ia boleh dilakukan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut Muzamir, lebih serius, kini kebanyakan kawasan lombong terbiar dengan kawah terhasil sedalam lima meter, sedangkan mengikut perjanjian yang ditandatangani pengusaha bauksit dengan pemilik tanah, pengusaha harus menimbus kembali lombong berkenaan dengan 'top soil' atau tanah daripada kawasan lain.

Tanah yang telah ditimbus itu pula perlu dirata dan dipadatkan dengan menggunakan jentera berat berulang kali dalam tempoh yang panjang jika mahu digunakan untuk projek perumahan, katanya.

"Ini kerana tanah yang telah ditimbus itu tanpa dimampatkan bersifat polos dan boleh menyebabkan masalah lain timbul seperti rumah retak atau runtuh jika projek tersebut tetap dilaksanakan.

"Paling membimbangkan ialah apabila tanah lapisan atas yang dibiarkan mengunung berhampiran kawasan kediaman. Ia boleh mendatangkan risiko tanah runtuh dan banjir lumpur, jika berlaku hujan lebat," katanya.

Muzamir yang juga seorang daripada anggota sebuah jawatnkuasa mengkaji kaedah terbaik pengangkutan bauksit yang ditubuhkan oleh kerajaan baru-baru ini berkata, pencemaran disebabkan aktiviti perlombongan itu dapat dielak jika ada prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

"Masalah yang berlaku kini disebabkan tiada prosedur yang jelas bermula teknik melombong, pengangkutan dari tapak melombong, sehinggalah ke kerja pemungahan di kawasan pelabuhan.

"Sehubungan itu, satu seminar akan dianjurkan bulan depan bagi mencari kaedah terbaik untuk mengangkut mineral ini daripada mencemarkan alam sekitar," katanya.

Menurutnya antara langkah yang akan dicadangan termasuk menggunakan kaedah pembungkusan khas atau 'jumbo bag' seperti yang dicadangkan oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mark Ujin dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini.

Selain itu katanya, pelombong juga perlu memilih hanya kawasan yang mempunyai bijih bauksit yang tinggi sahaja untuk menjalankan kegiatan tersebut.

"Bauksit sebenarnya mempunyai sifat telap air, masalah pencemaran yang berlaku kini ialah kerana bauksit di Kuantan ini mempunyai partikel halus lebih banyak daripada bijih bauksit itu sendiri.

"Sehubungan itu, pengusaha bauskit perlu memilih kawasan yang mempunyai bijih bauksit yang bersaiz lebih daripada 2 milimeter (mm) sahaja untuk kegiatan tersebut untuk mengelakkan banyak debu terbebas ke udara.

"Hasilnya pula perlu dicuci terlebih dahulu sebelum dibawa keluar daripada kawasan perlombongan untuk memastikan hanya bauskit yang telah bersih sahaja di bawa ke pelabuhan. Melalui cara itu pencemaran akan dapat diatasi," katanya. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kawasan Bauksit Bakal Jadi Tanah Gersang
Kawasan Bauksit Bakal Jadi Tanah Gersang
Kawasan perlombongan bauksit di sekitar Bukit Goh, Bukit Kuantan dan Bukit Sagu bakal menjadi padang jarak padang tekukur kerana ia tidak lagi sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian mahupun penempatan.
http://1.bp.blogspot.com/-Geuxjr-3u1E/VpdSZROuQrI/AAAAAAAAC5g/mPMgv4G5cfM/s1600/bauksit-kuantan.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-Geuxjr-3u1E/VpdSZROuQrI/AAAAAAAAC5g/mPMgv4G5cfM/s72-c/bauksit-kuantan.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/01/kawasan-bauksit-bakal-jadi-tanah-gersang.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/01/kawasan-bauksit-bakal-jadi-tanah-gersang.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy