Enam Maut dalam Siri Letupan Di Jakarta

Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala beberapa lagi termasuk anggota polis cedera dalam siri letupan berhampiran Sarinah Mall di Jalan MH Thamrin pagi tadi

Polis Indonesia mengambil kedudukan di belakang kenderaan kerana mereka mengejar suspek selepas beberapa siri letupan melanda Indonesia. - Foto AFP

JAKARTA - INDONESIA. Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala beberapa lagi termasuk anggota polis cedera dalam siri letupan berhampiran Sarinah Mall di Jalan MH Thamrin pagi tadi.

Ketua Bahagian Hubungan Manusia Polis Republik Indonesia, Anton Charliyan berkata, setakat ini enam disahkan maut iaitu tiga anggota polis dan tiga orang awam dalam serangan berhampiran Restoran Starbuck di Sarinah Mall kira-kira jam 10.50 pagi waktu tempatan.

Anton berkata, polis masih mengepung kawasan bangunan berkenaan dan percaya terdapat sekurang-kurangnya dua penjenayah yang masih bersembunyi dalam pusat membeli-belah dan pejabat setinggi 14 tingkat itu.

Bagaimanapun, katanya polis belum dapat mengesahkan sama ada ia dilakukan kumpulan penganas tetapi mengesahkan ia membabitkan sekumpulan orang bersenjata api dan membawa bom granit.

Wartawan Bernama yang berada di tempat kejadian mendapati tiga daripada mangsa terbabit telah dibawa ke hospital dengan ambulans manakala pasukan paramedik turut membantu beberapa orang awam dan polis yang cedera sebelum dikejarkan ke hospital.

Helikopter juga kelihatan berlegar di udara dan orang awam dilarang menghampiri bangunan berkenaan.

Beberapa siri letupan dilaporkan berlaku di pondok polis di hadapan Sarinah Mall pagi tadi.

Menurut polis, beberapa lelaki yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah polis yang berada dalam pondok berkenaan.

Pada kejadian berkenaan, berlaku tembak menembak antara polis dan beberapa lelaki yang tidak dikenali itu, diikuti siri letupan di pondok polis dan di luar bangunan Sarinah Mall. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Enam Maut dalam Siri Letupan Di Jakarta
Enam Maut dalam Siri Letupan Di Jakarta
Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala beberapa lagi termasuk anggota polis cedera dalam siri letupan berhampiran Sarinah Mall di Jalan MH Thamrin pagi tadi
http://4.bp.blogspot.com/-bMCq3D1EH2I/VpdMJenxjlI/AAAAAAAAC48/e8X26pkr8Os/s640/indonesia%2Bletupan.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-bMCq3D1EH2I/VpdMJenxjlI/AAAAAAAAC48/e8X26pkr8Os/s72-c/indonesia%2Bletupan.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/01/enam-maut-dalam-siri-letupan-di-jakarta.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/01/enam-maut-dalam-siri-letupan-di-jakarta.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy