"Bersyukurlah daripada kosong dapat juga lapan kerusi" - Naib Pengerusi DAP Selangor

Parti Amanah Negara (Amanah) sepatutnya bersyukur diberikan lapan kerusi untuk ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) bagaimanapun, sekiranya berhasrat menambah kuota mereka dinasihatkan untuk tunggu penggal depan.



Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, bersyukurlah PKR, Pas dan DAP serahkan lapan kerusi itu.- Gambar Fail

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) sepatutnya bersyukur diberikan lapan kerusi untuk ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) bagaimanapun, sekiranya berhasrat menambah kuota mereka dinasihatkan untuk tunggu penggal depan.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, bersyukurlah PKR, Pas dan DAP serahkan lapan kerusi itu.

"Bersyukurlah daripada kosong dapat juga lapan kerusi untuk ahli majlis Amanah.

"Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) itu dah muktamad, tidak akan ada lagi rundingan untuk Amanah tambah kerusi.. Kalau tak puas hati dapat lapan sahaja, tunggulah penggal akan datang," katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Pusat menegaskan kerajaan negeri tidak tergugat dengan gertakan Amanah untuk menolak tawaran sekiranya tidak diberikan minimum 24 kuota kerusi.

"Kerajaan negeri tidak kisah kalau Amanah tidak mahu terima tawaran lapan kerusi PBT berkenaan. Kita akan serahkan semula kepada PKR, Pas dan DAP untuk uruskan seperti sebelumnya.

"Kita tidak ada masa untuk layan semua ini. Lagipun tak nak timbul gangguan tugas harian peringkat PBT, buat masa ini terima lah dahulu lapan kerusi itu tapi kita harap Amanah dapat berikan kerjasama yang baik bagi meneruskan kelangsungan Pakatan Harapan," katanya.

Chang Khim yang juga Exco Pelaburan Perindustrian (IKS) dan Perdagangan dan Pengangkutan menyifatkan kenyataan Pas bahawa parti Islam itu tidak akan mengiktiraf ahli majlis daripada Amanah sebagai cakap emosi semata- mata.

"Itu (Pas) hanya cakap emosi kononnya tidak mahu mengiktiraf ahli majlis Amanah. Pengiktirafan ahli majlis datang daripada undang- undang kerana kerajaan negeri lebih berkuasa," katanya.

Adun Sungai Pinang berkenaan menjelaskan bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak terdesak dan tidak pula berdepan dilema dalam kontroversi pembahagian kuota kerusi PBT untuk Amanah.

"Azmin tidak terdesak walaupun memang ada permintaan. Memang ada pihak mendesak tapi Azmin tidak terdesak," katanya, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: "Bersyukurlah daripada kosong dapat juga lapan kerusi" - Naib Pengerusi DAP Selangor
"Bersyukurlah daripada kosong dapat juga lapan kerusi" - Naib Pengerusi DAP Selangor
Parti Amanah Negara (Amanah) sepatutnya bersyukur diberikan lapan kerusi untuk ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) bagaimanapun, sekiranya berhasrat menambah kuota mereka dinasihatkan untuk tunggu penggal depan.
http://2.bp.blogspot.com/-tHTEHzyqpUQ/Vo4b-V60RoI/AAAAAAAAC3k/t3R7-4AJis4/s1600/image.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-tHTEHzyqpUQ/Vo4b-V60RoI/AAAAAAAAC3k/t3R7-4AJis4/s72-c/image.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/01/bersyukurlah-daripada-kosong-dapat-juga.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/01/bersyukurlah-daripada-kosong-dapat-juga.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy