Kesemua Mayat Mangsa Lemas Sungai Kuyoh Ditemui

Mayat terakhir kanak-kanak mangsa lemas di Sungai Kuyoh, Joe Jerry Primus, ditemui berhampiran tasik Muhibbah, Cheras, di sini hari ini

Mayat terakhir kanak-kanak mangsa lemas di Sungai Kuyoh, Joe Jerry Primus, ditemui berhampiran tasik Muhibbah, Cheras, di sini hari ini. Foto - Bernama

KUALA LUMPUR - Mayat terakhir kanak-kanak mangsa lemas di Sungai Kuyoh, Joe Jerry Primus, ditemui berhampiran tasik Muhibbah, Cheras, di sini hari ini.     

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, mayat kanak-kanak berusia 12 tahun itu ditemui pada 5.45 petang oleh pasukan mencari yang menaiki helikopter Tentera Darat Malaysia.    

"Bapa mangsa mengesahkan mayat yang ditemui di sungai berkenaan adalah mayat anaknya," katanya ketika dihubungi Bernama.    

Terdahulu, pada 10.10 pagi ini, mayat seorang lagi kanak-kanak, Joshnuel Usin, 9, ditemui di Sungai Kuyoh berdekatan Kem Perdana Sungai Besi di sini, kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang akibat arus deras.    

Semalam, mayat Remy Julian Raymond Joe, 14, ditemui di Tasik Muhibbah pada 10.30 pagi, kira-kira 20 km dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.    

Kok Sin berkata mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat.    

"Jasad mangsa akan dibawa ke Sabah dengan pesawat MAS Kargo sebelum kebumikan di Kampung Linsudan, Keningau esok," katanya.     

Operasi mencari dan menyelamat ketiga-tiga mangsa disertai 182 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia.    

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Isnin lalu, Joe, Joshnuel dan Remy merupakan antara lapan remaja dan kanak-kanak yang pergi memancing di sungai berkenaan.    

Namun, ketiga-tiga mereka hilang selepas dibawa arus deras manakala lima yang lain terselamat. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kesemua Mayat Mangsa Lemas Sungai Kuyoh Ditemui
Kesemua Mayat Mangsa Lemas Sungai Kuyoh Ditemui
Mayat terakhir kanak-kanak mangsa lemas di Sungai Kuyoh, Joe Jerry Primus, ditemui berhampiran tasik Muhibbah, Cheras, di sini hari ini
http://3.bp.blogspot.com/-gYmgC9V63go/Vl8NM0QX9HI/AAAAAAAAC1c/K2WEicBUnoY/s640/lemas.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-gYmgC9V63go/Vl8NM0QX9HI/AAAAAAAAC1c/K2WEicBUnoY/s72-c/lemas.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/12/kesemua-mayat-mangsa-lemas-sungai-kuyoh.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/12/kesemua-mayat-mangsa-lemas-sungai-kuyoh.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy