Kelantan Arah Semua PBT Rampas Penjualan Vape

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diarahkan supaya merampas semua peralatan menghisap vape kerana lesennya tidak pernah dikeluarkan.

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diarahkan supaya merampas semua peralatan menghisap vape kerana lesennya tidak pernah dikeluarkan. - Gambar Fail

KOTA BHARU - Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diarahkan supaya merampas semua peralatan menghisap vape kerana lesennya tidak pernah dikeluarkan.

Arahan itu dibuat di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) hari ini sementara menunggu mesyuarat penuh Jawatankuasa PBT pada 16 Disember ini untuk menentukan sama ada lesen penjualan vape itu tidak dikeluarkan terus atau sebaliknya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Ab Fattah Mahmood, berkata berikutan keputusan Mesyuarat Exco itu, PBT diarahkan tidak mengeluarkan lesen berkaitan penjualan vape.

Beliau berkata, kerajaan negeri mendapat pelbagai pandangan mengenai penggunaan vape ini yang dilihat lebih banyak kesan negatif termasuk kepada kesihatan.

“Kita mengambil keputusan meminta semua PBT tidak mengeluarkan sebarang lesen yang berkaitan penjualan vape.

“Seperti juga shisha sebelum ini kerajaan negeri sudah mengambil keputusan tidak membenarkan penjualannya.

“Jadi, keputusan penuh mengenai penjualan vape hanya akan diketahui pada mesyuarat Jawatankuasa PBT pada 16 Disember ini yang akan dipengerusikan oleh saya sendiri di Kota Darulnaim,” katanya ditemui media selepas Mensyuarat Exco di sini hari ini.

Mengenai penjualan vape secara bebas sekarang, Ab Fattah berkata langkah tegas sudah diambil oleh PBT yang turut membuat pemeriksaan di premis yang menjual alat berkenaan.

“Premis yang menjual alat berkenaan akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang PBT termasuk merampas peralatan vape berkenaan kerana ia tidak mempunyai lesen.

“Keputusan pengharaman hanya boleh diputuskan oleh Jabatan Mufti negeri, manakala PBT hanya mempunyai kuasa daripada segi pengeluaran lesen penjualan alat berkenaan,” katanya ketika ditanya mengenai tindakan pengharaman terus vape di Kelantan.

Jelasnya, kerajaan negeri terlebih dahulu ingin mendapatkan pandangan daripada semua pihak yang berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan, Jabatan Mufti negeri dan dari sudut perundangan, sebelum keputusan muktamad dibuat, lapor The Rakyat Post.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kelantan Arah Semua PBT Rampas Penjualan Vape
Kelantan Arah Semua PBT Rampas Penjualan Vape
Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diarahkan supaya merampas semua peralatan menghisap vape kerana lesennya tidak pernah dikeluarkan.
http://4.bp.blogspot.com/-I-0hZz-Tik8/Vl8KtVahMLI/AAAAAAAAC1Q/VYdJVm5V28U/s640/vapers.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-I-0hZz-Tik8/Vl8KtVahMLI/AAAAAAAAC1Q/VYdJVm5V28U/s72-c/vapers.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/12/kelantan-arah-semua-pbt-rampas.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/12/kelantan-arah-semua-pbt-rampas.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy