Empat pegawai kementerian ditahan SPRM

Empat pegawai daripada tiga kementerian yang terlibat dalam dua projek yang menerima teguran punitif dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2014 Siri 3 kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Pihak SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap empat pegawai daripada kementerian terbabit kerana disyaki ada unsur-unsur perlakuan rasuah", Tan Sri Dr Ali Hamsa. Foto - Bernama

PUTRAJAYA - Empat pegawai daripada tiga kementerian yang terlibat dalam dua projek yang menerima teguran punitif dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2014 Siri 3 kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata pegawai-pegawai daripada Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan itu juga disiasat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan tatatertib.

Kes terbabit adalah kes pengurusan projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak dan projek menaik taraf Hospital Nora Ismail, Batu Pahat di Johor, iaitu dua daripada 12 teguran punitif yang diterima dalam LKAN Tahun 2014 Siri 3.

“Pihak SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap empat pegawai daripada kementerian terbabit kerana disyaki ada unsur-unsur perlakuan rasuah.

“Siasatan ini berjalan secara serentak. Jika didapati bersalah, mereka akan didakwa di mahkamah. Kalau tidak ada kes, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tindakan tatatertib,” katanya pada sesi bersama media berhubung tindakan susulan LKAN Tahun 2014 Siri 3 di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, ketua-ketua setiausaha kementerian, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan serta badan berkanun persekutuan.

Ali berkata berdasarkan siasatan juga, dua teguran di Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pendidikan telah melibatkan kerugian di pihak kerajaan sebanyak RM501,524.33.

Daripada jumlah itu, ia melibatkan kerugian kerajaan sebanyak RM416,433.33 bagi kes Pengurusan Kerja Awalan melalui kontrak kerja di Kementerian Kerja Raya; RM85,091 untuk pengurusan projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama; dan kemudahan lain yang berkaitan di Kementerian Pendidikan, katanya.

“Kerugian adalah berikutan pembayaran yang dibuat tidak mengikut spesifikasi kontrak. Teguran-teguran lain tidak melibatkan kerugian kewangan sebaliknya kesalahan yang berlaku adalah akibat ketidakpatuhan kepada peraturan kewangan,” katanya.

Mengenai status teguran punitif Siri 1 dan Siri 2 LKAN Tahun 2014, Ali berkata 16 pegawai di kementerian telah dimulakan prosiding tatatertib, yang mana sembilan diputuskan hukuman oleh Lembaga Tatatertib melibatkan hukuman amaran sehingga turun pangkat.

Selain itu seorang pegawai sedang dalam pertimbangan untuk tujuan buang kerja atau turun pangkat dan enam pegawai dalam proses penentuan hukuman.

“Di peringkat Badan Berkanun Persekutuan, daripada 30 pegawai yang dinamakan, 17 pegawai dalam prosiding tatatertib manakala 13 pegawai telah dibebaskan.

“Di samping itu, bagi 931 teguran pembetulan, 69.3 peratus atau 645 teguran telah selesai diambil tindakan penambahbaikan dan 30.7 peratus atau 286 teguran masih dalam tindakan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai jumlah kes dan tindakan displin bagi LKAN Tahun 2013 Siri 3, Mohamad Zabidi berkata sebanyak 211 teguran yang melibatkan 339 orang pegawai telah dikenal pasti untuk dimulakan prosiding tatatertib.

Katanya Lembaga Tatatertib setelah meneliti fakta kes dan representasi pegawai, memutuskan 132 pegawai dikenakan hukuman dan 200 pegawai lagi dibebaskan dan tujuh pegawai masih dalam prosiding tatatertib.

“Kami beri jaminan bahawa kami sedang mengambil tindakan. Daripada 132 pegawai, seorang pegawai dibuang kerja, turun gaji (tiga pegawai), tangguh pergerakan gaji (13), denda (tujuh), denda dan surcaj (dua), amaran dan tangguh pergerakan gaji (satu) dan amaran dan denda (dua), amaran dan surcaj (sembilan), amaran (65), surcaj (29 pegawai)” kata Mohamad Zabidi.

Menyentuh mengenai jumlah surcaj yang dikenakan ke atas pegawai terbabit, Ali berkata ia membabitkan kira-kira RM80,000.

Ditanya bagaimana kerajaan akan mendapat semua surcaj tersebut, Ali berkata: “Pada dasarnya kami mempunyai formula untuk menggunakan surcaj. Kami tidak akan memperoleh semula jumlah yang tepat. Ia biasanya diberi balik sebagai saguhati dan kami hanya mendapat sebahagian kecil sahaja.

“Sebagai contoh, jika jumlahnya RM500,000, dan selepas proses yang panjang, pegawai terbabit didapati bersalah, satu daripada hukumannya adalah surcaj. 

Dalam kes yang terlalu teruk, hukumannya adalah dipecat dan kami tidak akan memperoleh apa-apa,” katanya.-Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Empat pegawai kementerian ditahan SPRM
Empat pegawai kementerian ditahan SPRM
Empat pegawai daripada tiga kementerian yang terlibat dalam dua projek yang menerima teguran punitif dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2014 Siri 3 kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
http://2.bp.blogspot.com/-i89ByyT47kw/Vl8BWAtX9_I/AAAAAAAAC00/puVflmjcoDs/s640/ali-hamsa.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-i89ByyT47kw/Vl8BWAtX9_I/AAAAAAAAC00/puVflmjcoDs/s72-c/ali-hamsa.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/12/empat-pegawai-kementerian-ditahan-sprm.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/12/empat-pegawai-kementerian-ditahan-sprm.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy