Pesawat Rusia Bawa 224 Penumpang Terhempas di Sinai

Sebuah pesawat Rusia yang membawa 224 penumpang termasuk 17 kanak-kanak dan anak kapal terhempas di semenanjung Sinai, Mesir

Pihak keselamatan Mesir kini sedang berusaha mengeluarkan semua mayat mangsa di lokasi kejadian. Seramai 224 penumpang termasuk 17 kanak-kanak dan anak kapal maut dalam tragedi tersebut. Foto - AP

CAIRO - Sebuah pesawat Rusia yang membawa 224 penumpang termasuk 17 kanak-kanak dan anak kapal terhempas di semenanjung Sinai, Mesir pada Jumaat, jelas  pejabat Kementerian Perdana Menteri Mesir.

Pesawat Airbus A321, yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia Kogalymavia dengan nombor pendaftaran KGL-9268, dalam perjalanan dari tempat peranginan Sinai Laut Merah Sharm el-Sheikh ke St Petersburg, Rusia terhempas di kawasan pergunungan terpencil di tengah Sinai selepas subuh, kata kementerian penerbangan.

Pegawai keselamatan di tempat kejadian memberitahu Reuters melalui telefon, bahawa pasukan mencari dan menyelamat turut mendengar suara-suara di dalam badan pesawat.

"Saya melihat adegan tragis. Mayat-mayat bergelimpangan di tanah dan ada sebahagiannya  meninggal dunia di tempat duduk sendiri di dalam pesawat," jelas salah seorang pegawai yang berada di tempat kejadian.

"Pesawat itu terbelah dua, sebahagian kecil di hujung ekor yang dibakar dan bahagian besar terhempas ke batu. Kami telah mengeluarkan lebih kurang 100  mayat dan selebihnya masih berada di dalam badan pesawat."

Sinai merupakan lokasi kejadian pemberontakan oleh militan yang menyokong Negara Islam. Para pemberontak telah membunuh beratus-ratus tentera Mesir serta polis dan juga telah menyerang sasaran Barat dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Manakala Rusia telah melancarkan serangan udara terhadap kumpulan pembangkang Syria termasuk Negara Islam pada 30 September lalu. 

Namun sumber keselamatan Mesir berkata, tidak ada petunjuk bahawa jet Airbus itu telah ditembak jatuh atau diletupkan.

Pesawat A321 yang  mempunyai 185 tempat duduk merupakan jet jarak sederhana telah digunakan dalam 1,100 operasi di seluruh dunia sejak tahun 1994.

Ia merupakan sebuah pesawat  automatik bergantung kepada komputer untuk membantu juruterbang kekal dalam had yang selamat ketika terbang.

Menurut data daripada Yayasan Keselamatan Penerbangan insiden tersebut merupakan kemalangan maut kedua melibatkan pesawat dari keluarga A320 ini.

Dalam pada itu, dilaporkan Perdana Menteri Mesir Sherif Ismail menuju ke lokasi kemalangan dengan beberapa menteri kabinet lain dengan menaiki  jet peribadi.

Menurut Kementerian Penerbangan Awam Mesir, pesawat Airbus A 321 berlepas pada 05:51 masa Kaherah (0451 BST) dan hilang daripada radar 23 minit kemudian ketika berada dalam ketinggian 31,000 kaki (9,400 meter).

Misi mencari dan menyelamat lewat tiba di lokasi kejadian di kawasan Hassana disebabkan faktor cuaca yang kurang baik. 


COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Pesawat Rusia Bawa 224 Penumpang Terhempas di Sinai
Pesawat Rusia Bawa 224 Penumpang Terhempas di Sinai
Sebuah pesawat Rusia yang membawa 224 penumpang termasuk 17 kanak-kanak dan anak kapal terhempas di semenanjung Sinai, Mesir
http://2.bp.blogspot.com/-vSIalSkU0yk/VjT4G-ZygXI/AAAAAAAACwM/JNT-8o6WkbM/s640/russian%2Bplane%2Bcrash.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-vSIalSkU0yk/VjT4G-ZygXI/AAAAAAAACwM/JNT-8o6WkbM/s72-c/russian%2Bplane%2Bcrash.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/11/pesawat-rusia-bawa-224-penumpang.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/11/pesawat-rusia-bawa-224-penumpang.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy