JDT Cipta Sejarah Juara Piala AFC 2015

Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Pasukan JDT berjaya mencipta sejarah baru bolasepak Malaysia apabila berjaya menjulang Piala Konfederasi Asia (AFC) selepas menewaskan pasukan Istiklol FC 1 - 0. Foto - AFC

DUSHANBE - TAJIKISTAN. Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). 

Jaringan tunggal perancang tengah dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-22 sudah cukup bagi skuad Harimau Selatan menundukkan juara bertahan Liga Tajikistan, Istiklol FC pada aksi final di Stadium Republican Central di Dushanbe, Tajikistan, Sabtu malam. 

Pencapaian itu sekali gus, mengubat kekecewaan mereka yang gagal melepasi saingan peringkat kumpulan dalam penampilan sulung pada 2009, yang ketika itu dikenali sebagai Johor FC. 

Selaku juara, JDT membawa pulang trofi Piala AFC yang disampaikan sendiri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, selain wang tunai berjumlah US$350,000 (RM1.502 juta), manakala Istiklol FC meraih US$250,000 (RM1.072 juta) selaku naib juara. 

Lebih manis, kapten JDT Safiq Rahim dinobatkan sebagai pemain paling bernilai, manakala kapten Istiklol FC, Vasiev Dilshod dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.  

Kejayaan berkenaan merupakan trofi ketiga yang diraih JDT musim ini, selepas muncul juara Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah) menerusi kemenangan 2-0 ke atas Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 31 Januari lepas, selain menjuarai Liga Super 2015. 

Beraksi di atas padang tiruan ternyata memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah yang menguasai babak awal perlawanan dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya ke arah pintu gol JDT, namun ketumpulan jentera serangan menyaksikan mereka gagal meraih sebarang gol. 

Nasib sebaliknya menyebelahi skuad Harimau Selatan yang berjaya mengejutkan pasukan tuan rumah apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-22 menerusi Velazquez, sekali gus menggembirakan hampir 500 penyokong skuad Harimau Selatan yang turut hadir memberikan sokongan. 

Gol berkenaan berpunca daripada sepakan penjuru Safiq yang ditampan keluar oleh penjaga gol tuan rumah, Nikola Stosic sebelum Velazquez meluru sebelum melepaskan rembatan kaki kiri daripada luar kotak penalti. 

Tersentak dengan gol itu, Istiklol FC kembali memperkemaskan permainan untuk memburu gol penyamaan namun kekebalan benteng pertahanan JDT diketuai Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Marcos Antonio menyaksikan keputusan 1-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan. 

Bersambung separuh masa kedua, pasukan tuan rumah meneruskan serangan kearah kubu JDT, dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-51 menerusi Dzhalilov Manuchehr Jalilov, namun jaringannya dibatalkan pengadil, Minoru Tojodari Jepun selepas Dilshod berada pada kedudukan ofsaid. 

Jalilov sekali lagi, berjaya menjaringkan gol penyamaan pada penghujung perlawanan, namun Minoru tidak membenarkan gol berkenaan kerana pemain itu berada pada kedudukan ofsaid, dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat, lapor mStar.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: JDT Cipta Sejarah Juara Piala AFC 2015
JDT Cipta Sejarah Juara Piala AFC 2015
Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
http://1.bp.blogspot.com/-XfcwbaN3ZVY/VjT6X0Q-iII/AAAAAAAACwU/8oevrFsNMO4/s640/jdt_afc_cup_winners_2015.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-XfcwbaN3ZVY/VjT6X0Q-iII/AAAAAAAACwU/8oevrFsNMO4/s72-c/jdt_afc_cup_winners_2015.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/11/jdt-cipta-sejarah-juara-piala-afc-2015.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/11/jdt-cipta-sejarah-juara-piala-afc-2015.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy