Usul Undi Tidak Percaya : "saya tidak ada kaitan dengannya" - Ku Li

Veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan bahawa beliau akan menyokong usul undi tidak percaya yang dikemukakan terhadap Perdana Menteri.

Tengku Razaleigh berkata beliau tiada kaitan dengan sekumpulan MP Barisan Nasional (BN) yang didakwa cuba menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan bahawa beliau akan menyokong usul undi tidak percaya yang dikemukakan terhadap Perdana Menteri.

Ketika ditanya mengenai perkara itu di lobi Parlimen pada Isnin, Tengku Razaleigh berkata beliau tiada kaitan dengan sekumpulan MP Barisan Nasional (BN) yang didakwa cuba menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

"Saya tiada kaitan dengan perkara itu. Saya tidak ada mata-mata dalam kumpulan itu, jadi bagaimana saya tahu apa yang mereka bincangkan?

"Marilah kita lihat apa yang mereka sedang rancang untuk lakukan. Saya yakin mereka ada idea sendiri. Namun, setakat apa yang saya tahu, saya tiada kaitan dengannya," kata beliau.

Tengku Razaleigh turut berkata peluang usul undi tidak percaya itu untuk dikemukakan di Dewan Rakyat sangat tipis, melihat kepada fokus kini lebih tertumpu kepada perkara lain seperti Bajet 2016.

Ditanya mengenai harapan beliau terhadap Bajet 2016, Tengku Razaleigh berkata: "Ia sukar untuk diperkatakan. Kita tunggu sehingga 23 Oktober ini", lapor mStar.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Usul Undi Tidak Percaya : "saya tidak ada kaitan dengannya" - Ku Li
Usul Undi Tidak Percaya : "saya tidak ada kaitan dengannya" - Ku Li
Veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan bahawa beliau akan menyokong usul undi tidak percaya yang dikemukakan terhadap Perdana Menteri.
http://1.bp.blogspot.com/--um_VIGoyt4/ViT7EXm6ggI/AAAAAAAACso/uPHlaucBh9I/s640/ku%2Bli.jpg
http://1.bp.blogspot.com/--um_VIGoyt4/ViT7EXm6ggI/AAAAAAAACso/uPHlaucBh9I/s72-c/ku%2Bli.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/usul-undi-tidak-percaya-saya-tidak-ada.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/usul-undi-tidak-percaya-saya-tidak-ada.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy