Tunda Peperiksaan Jika IPU Cecah 500

Kementerian Pendidikan hanya akan menunda peperiksaan yang sudah dijadualkan sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500.

Peperiksaan PT3, STAM, SPM dan juga STPM hanya akan ditunda sekiranya bacaan IPU cecah 500. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan hanya akan menunda peperiksaan yang sudah dijadualkan sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan, setakat ini pihak kementerian akan meneruskan jadual peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2015 seperti yang sudah ditetapkan sebelum ini.

"Kita ambil maklum peperiksaan PT3, SPM, STPM  diteruskan walaupun keadaan jerebu sekarang.

"Hanya sekiranya IPU sampai 500 kita akan batalkan, semua maklumat ini kita telah keluarkan dan kita hasrat semua pihak mematuhinya," katanya ketika sidang medianya di Dewan Datuk Razali Ismail di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras, di sini, hari ini.

Kamalanathan turut mengingatkan ibu bapa bahawa penutupan sekolah akibat jerebu tidak digunakan oleh ibu bapa untuk membawa anak-anak bercuti.

"Hasrat kita jangan bawa anak bercuti, jaga kesihatan, minum air banyak-banyak, jangan keluar," katanya.

Beliau juga berkata, buat masa ini pihak sekolah tidak perlu mengadakan aktiviti luar kelas berikutan keadaan cuaca yang tidak baik.

"Kita juga menasihati sekali lagi sekiranya balik ke sekolah Rabu ini keadaan jerebu masih teruk saya cadangan semua sekolah jangan adakan aktiviti di luar kelas kerana kita dapat beberapa aduan orang ramai, masih ada aktiviti luar dilaksanakan.

"Walaupun arahan kita amat jelas jangan lakukan aktiviti luar  apabila tahap jerebu mencecah IPU 150 , saya merayu kepada semua guru besar, pengetua utamakan kesihatan anak-anak dan pelajar ia sangat penting," katanya, memetik laporan Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tunda Peperiksaan Jika IPU Cecah 500
Tunda Peperiksaan Jika IPU Cecah 500
Kementerian Pendidikan hanya akan menunda peperiksaan yang sudah dijadualkan sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500.
http://4.bp.blogspot.com/-YTyQ9fZ9WCQ/VhNxRTiCBHI/AAAAAAAAClc/pqF_DMAPGms/s640/exam.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-YTyQ9fZ9WCQ/VhNxRTiCBHI/AAAAAAAAClc/pqF_DMAPGms/s72-c/exam.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/tunda-peperiksaan-jika-ipu-cecah-500.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/tunda-peperiksaan-jika-ipu-cecah-500.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy