Tiga Akta Cukup Kuat Tangani Ancaman IS - Khalid

Tiga akta sedia ada sudah mencukupi untuk mengekang aktiviti ekstremisme termasuk kumpulan militan Negara Islam (IS)di negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata kesemua akta berkenaan sudah cukup kuat dan lebih baik daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan. - Gambar Fail 
KUALA LUMPUR - Tiga akta sedia ada sudah mencukupi untuk mengekang aktiviti ekstremisme termasuk kumpulan militan Negara Islam (IS)di negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

Tiga akta itu ialah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012(SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013 dan Akta Pencegahan Keganasan2015 (POTA). 

Khalid berkata kesemua akta berkenaan sudah cukup kuat dan lebih baik daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan. 

"Kita ada akta yang bagus untuk tangani kegiatan ekstremisme yang mendorong ke arah keganasan. Jadi kita fikir tidak ada keperluan untuk diguna pakai semula ISA terutamanya dalam menangani isu keganasan di negara ini," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Forum Crime Matters bersama wakil rakyat di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras, di sini, hari ini. 

Khalid berkata tujuan forum ini diadakan adalah untuk memberi penjelasan IS kepada wakil rakyat dan masyarakat. 

"Ini kerana masih terdapat rakyat tidak mempercayai ancaman IS dan menganggap ia satu drama atau sandiwara kerajaan semata-mata, itulah sebab kami panggil wakil rakyat untuk memberi penerangan mengenai isu ini. 

"Polis akan meneruskan perancangan bagi memastikan ancaman IS dapat dikekang sepenuhnya," katanya. 

Khalid berkata masyarakat atau ibu bapa mesti tahu keupayaan IS untuk mempengaruhi anak muda, selain menyasarkan ibu tunggal dan orang bermasalah. 

Katanya orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan IS kepada polis sekiranya melihat aktiviti yang mencurigakan di sekitar kawasan tempat tinggal mereka.

Turut hadir dalam forum itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat dan Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, lapor mStar.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tiga Akta Cukup Kuat Tangani Ancaman IS - Khalid
Tiga Akta Cukup Kuat Tangani Ancaman IS - Khalid
Tiga akta sedia ada sudah mencukupi untuk mengekang aktiviti ekstremisme termasuk kumpulan militan Negara Islam (IS)di negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
http://2.bp.blogspot.com/-NPZdT6OsDpo/Vh-R1kOJkuI/AAAAAAAACrM/oAC_XoEs5G4/s640/kpn%2Bnegara.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-NPZdT6OsDpo/Vh-R1kOJkuI/AAAAAAAACrM/oAC_XoEs5G4/s72-c/kpn%2Bnegara.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/tiga-akta-cukup-kuat-tangani-ancaman-is.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/tiga-akta-cukup-kuat-tangani-ancaman-is.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy