Tidak Semua Sokong DAP

Pas masih mempunyai sokongan daripada pengundi-pengundi kaum Cina walaupun parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, DAP dan Parti Amanah.

Masyarakat Cina di negeri ini masih memberi sokongan kepada Pas kerana rekod pentadbiran yang cukup baik termasuk dalam aspek perhubungan dengan masyarakat Cina. - Gambar Fail

TUMPAT – Pas masih mempunyai sokongan daripada pengundi-pengundi kaum Cina walaupun parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, DAP dan Parti Amanah.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yakin bukan semua pengundi dalam kalangan kaum Cina menyokong DAP, sebaliknya masih ramai yang menyokong Pas terutama di Kelantan.

Beliau berkata, sambutan diberikan masyarakat Cina melalui jumlah kehadiran pada Majlis Penyampaian Kuih Bulan Kepada Masyarakat Tionghoa Dun Wakaf Bharu di Kampung Kulim, dekat sini, kelmarin menguatkan lagi keyakinan itu.

"Kita yakin sokongan pengundi Cina kepada Pas tidak berbelah bahagi walaupun dalam suasana berkecamuk hari ini. Masyarakat Cina di Kelantan masih beri sokongan kepada Pas.

"Melihat kepada sokongan masyarakat Tionghoa pada program agihan kuih bulan ini, saya yakin mereka masih bersama-sama Pas. Mereka keluar beramai-ramai memeriahkan majlis ini," katanya.

Tambahnya, masyarakat Cina di negeri ini masih memberi sokongan kepada Pas kerana rekod pentadbiran yang cukup baik termasuk dalam aspek perhubungan dengan masyarakat Cina.

"Ketika peristiwa 13 Mei 1969...ketika itu Kelantan ditadbir oleh Pas. Masa itu kita tak ada kerjasama dengan DAP...Pas bersendirian. Tetapi dapat kawal dengan cara kepimpinan agar tak berlaku pertumpahan darah di negeri ini.

"Kita jaga keselamatan rakyat atas tuntutan agama...kita (Pas) jalankan tanggungjawab kerana ALLAH SWT," katanya yang menyampaikan kuih bulan kepada kira-kira 500 masyarakat Tionghoa dan tanglung kepada kanak-kanak pada majlis berkenaan.

Pas mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar tahunannya, Jun lalu, dan enggan menyertai gabungan baharu pembangkang bagi membentuk Pakatan Harapan pada September lalu.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tidak Semua Sokong DAP
Tidak Semua Sokong DAP
Pas masih mempunyai sokongan daripada pengundi-pengundi kaum Cina walaupun parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, DAP dan Parti Amanah.
http://3.bp.blogspot.com/-AeFJSZ_vFbQ/VhIrTjRvqDI/AAAAAAAAClM/Gs3r6p_bRMQ/s640/Che_Abdullah_MatNawi.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-AeFJSZ_vFbQ/VhIrTjRvqDI/AAAAAAAAClM/Gs3r6p_bRMQ/s72-c/Che_Abdullah_MatNawi.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/tidak-semua-sokong-dap.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/tidak-semua-sokong-dap.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy