Tiada Bukti Kukuh Militan IS Di Timur Sabah - Hishammuddin

Tiada ancaman secara langsung dan bukti kukuh wujudnya elemen militan negara Islam (IS) bertapak di pantai timur Sabah, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin diberi penerangan oleh seorang pegawai tentera ketika melakukan lawatan kerja ke Op Pasir di pos kawalan Pulau Pandanan di perairan Semporna. Foto - Bernama

SEMPORNA - Tiada ancaman secara langsung dan bukti kukuh wujudnya elemen militan negara Islam (IS) bertapak di pantai timur Sabah, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Namun, beliau berkata pasukan keselamatan tidak boleh memandang ringan kerana kawasan perairan timur Sabah sering berhadapan dengan pelbagai isu keselamatan yang membabitkan jenayah rentas sempadan, serta elemen militan yang dibawa masuk dari selatan Filipina.

Katanya pada ketika ini, pengaruh IS dipercayai mendapat sambutan kalangan kumpulan pengganas dan pemisah di selatan Filipina berikutan pemimpin beberapa kumpulan tersebut menyatakan kesetiaan kepada pemimpin IS, Abu Bakar Al-Baghdadi pada tahun lepas.

Secara tidak langsung, unsur ekstremis ini berupaya mempengaruhi sebuah kumpulan di Sabah melalui jaringan pengganas yang sedia terjalin, katanya pada kenyataan media pada lawatan ke Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah di perairan dekat sini, Isnin.

Katanya selain itu, ancaman militan itu turut berkait dengan lima anggota militan rakyat Malaysia yang kini bersembunyi di selatan Filipina.

Bercakap kepada pemberita selepas lawatan itu, Hishammuddin berkata militan merupakan ancaman yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan untuk ditangani secara menyeluruh.

Beliau berkata perancangan mewujudkan Wilayah Islamiah di Laut Sulu oleh militan IS di selatan Filipina memerlukan kerajaan membuat persiapan proaktif untuk menanganinya.

"Perkembangan di selatan Filipina, geopolitik di Laut Cina Selatan, menuntut kita membuat persiapan proaktif termasuk menerusi pembabitan negara-negara Asean," katanya.

Hishammuddin berkata esok beliau akan ke Beijing, China bagi menghadiri perjumpaan tidak formal Menteri-Menteri Pertahanan Asean dengan kerajaan China.

Katanya sebagai pengerusi negara Asean, Malaysia akan menggunakan sebaik mungkin kedudukan itu untuk meletakkan agensi keselamatan dan pertahanan negara-negara Asean dalam satu kedudukan di peringkat serantau menangani ancaman termasuk IS, lapor mStar.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tiada Bukti Kukuh Militan IS Di Timur Sabah - Hishammuddin
Tiada Bukti Kukuh Militan IS Di Timur Sabah - Hishammuddin
Tiada ancaman secara langsung dan bukti kukuh wujudnya elemen militan negara Islam (IS) bertapak di pantai timur Sabah, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
http://1.bp.blogspot.com/-fO48Sdf8eiU/Vhu5AjmLSLI/AAAAAAAACpc/NF5PmXgw9_c/s640/hisham.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-fO48Sdf8eiU/Vhu5AjmLSLI/AAAAAAAACpc/NF5PmXgw9_c/s72-c/hisham.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/tiada-bukti-kukuh-militan-is-di-timur.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/tiada-bukti-kukuh-militan-is-di-timur.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy