Tabung Haji Tidak Bercadang Hadkan Umur Jemaah

Tabung Haji (TH) tidak bercadang mengehadkan umur jemaah haji hanya kerana mahu mengelakkan berlakunya kematian di Makkah, kata Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Tabung Haji (TH) tidak bercadang mengehadkan umur jemaah haji hanya kerana mahu mengelakkan berlakunya kematian di Makkah, kata Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. - Gambar Fail

GEORGETOWN - Tabung Haji (TH) tidak bercadang mengehadkan umur jemaah haji hanya kerana mahu mengelakkan berlakunya kematian di Makkah, kata Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata, pihaknya akan mengikut sistem sedia ada dan mana-mana jemaah, tidak mengira umur, yang berjaya melepasi pemeriksaan kesihatan serta mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh TH layak untuk mengerjakan ibadah haji.    
    
"Kalau awak tanya saya semua orang nak (mengerjakan ibadah haji) umur-umur itu, sebab masa itu dia mampu pun. Bila tiba masa cukup duit umur mereka dah 60 tahun, mana boleh kita tak benarkan.
    
"Tabung Haji akan buat yang terbaik dalam konteks kesihatan. Kita ada pasukan perubatan yang baik yang akan cuba sedaya mungkin untuk menjaga semua jemaah kita daripada sudut kesihatan. Selain daripada itu kita berserahlah kepada ALLAH. Ada yang umur 50 tahun, 45 tahun meninggal dunia juga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Ismail Abdul Salam yang meninggal dunia di Makkah, di kediamannya di Bukit Gedung di sini, hari ini.
    
Allahyarham Mohd Ismail, 66, yang menunaikan haji bersama isterinya Fatimah Beevi Mohamed Sultan, 60, meninggal dunia akibat radang paru-paru (pneumonia) di Hospital King Faizal Makkah, pada 5 Oktober lepas. Fatimah Beevi dijangka pulang ke tanah air pada Jumaat ini.
    
Abdul Azeez berkata, sebanyak 33 kematian melibatkan jemaah haji Malaysia untuk musim haji ini dengan tujuh kematian disebabkan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, insiden rempuhan di Mina (satu kematian) dan 25 kematian disebabkan sakit biasa.

Katanya kematian disebabkan sakit biasa itu membabitkan jemaah yang telah berusia.
    
"Jika diikutkan tahun-tahun yang lalu (jumlah kematian jemaah haji) lebih kurang sama. Lazimnya kematian berlaku selepas hari wukuf, selepas selesai melontar, selesaikan tawaf haji, disebabkan virus dan sebagainya," jelas beliau.

Beliau berkata penerbangan terakhir jemaah haji ke tanah air pada 28 Oktober ini.
    
Sementara itu, anak bongsu Allahyarham Mohd Ismail, Siti Aminah, 24, berkata ini merupakan ibadah haji pertama Allahyarham dan ayahnya turut tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum berangkat ke tanah suci.
    
"Kali terakhir bercakap dengan Allahyarham pada Hari Raya Aidiladha. Kami terima dan redha dengan ketentuan ALLAH. Sedih memanglah sedih, semua orang kalau boleh nak cium mak ayah dia...tapi tidak mengapalah. Saya doa yang terbaik untuk bapa," katanya. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tabung Haji Tidak Bercadang Hadkan Umur Jemaah
Tabung Haji Tidak Bercadang Hadkan Umur Jemaah
Tabung Haji (TH) tidak bercadang mengehadkan umur jemaah haji hanya kerana mahu mengelakkan berlakunya kematian di Makkah, kata Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
http://3.bp.blogspot.com/-VCS7sGpaC2c/VhS2SFLYiBI/AAAAAAAACmw/AtqRXFW54To/s640/jemaah%2Bhaji%2Bmalaysia.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-VCS7sGpaC2c/VhS2SFLYiBI/AAAAAAAACmw/AtqRXFW54To/s72-c/jemaah%2Bhaji%2Bmalaysia.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/tabung-haji-tidak-bercadang-hadkan-umur.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/tabung-haji-tidak-bercadang-hadkan-umur.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy