Sindiket Proses, Jual Dadah Di Melaka Tumpas

Polis Melaka berjaya menumpaskan sindiket memproses dan menjual dadah selepas menahan dua individu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM137,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Kenanga, Kampung Lapan di sini, Khamis lepas.

Polis Melaka berjaya menumpaskan sindiket memproses dan menjual dadah selepas menahan dua individu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM137,000. Foto - Bernama

MELAKA - Polis Melaka berjaya menumpaskan sindiket memproses dan menjual dadah selepas menahan dua individu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM137,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Kenanga, Kampung Lapan di sini, Khamis lepas.

Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Supt Maidu Abu Bakar berkata seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun dan wanita warga Vietnam berumur 25 tahun ditahan di rumah berkenaan yang dipercayai menjadi makmal memproses dadah jenis heroin dalam serbuan pukul 1 tengah hari itu.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menjumpai 54 paket plastik dipercayai syabu; satu bungkusan kuning disyaki syabu seberat 1.2 kilogram, tujuh paket plastik berisi heroin dengan anggaran 959 gram serta 30 pil estasy seberat 6.8 gram.

"Semua dadah dijumpai di tingkat tiga rumah sewa itu dengan beberapa alat memproses antaranya kuali dan botol bahan kimia yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan.

"Siasatan awal mendapati sindiket ini membeli syabu untuk diproses semula bersama beberapa bahan kimia lain bagi mengaut keuntungan lebih," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai menjual dadah berkenaan untuk pasaran di negeri ini dan telah beroperasi kira-kira dua bulan lepas.

Katanya polis turut merampas sebuah kereta bernilai RM45,000 yang digunakan suspek dan ujian saringan yang dijalankan mendapati dua suspek itu masing-masing positif dadah jenis opiate dan methamphetamine.

Maidu berkata siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan mempunyai lima rekod jenyah lampau berkaitan dadah manakala wanita itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari sehingga 16 Okt  ini untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati sekiranya sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, katanya polis percaya sindiket itu dianggotai beberapa individu lain dan pihaknya sedang memburu mereka untuk membantu siasatan, memetik laporan mStar.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Sindiket Proses, Jual Dadah Di Melaka Tumpas
Sindiket Proses, Jual Dadah Di Melaka Tumpas
Polis Melaka berjaya menumpaskan sindiket memproses dan menjual dadah selepas menahan dua individu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM137,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Kenanga, Kampung Lapan di sini, Khamis lepas.
http://1.bp.blogspot.com/-iUYvzFQAc-k/Vhu0hheFMVI/AAAAAAAACo8/S3nOO3a1ATQ/s640/prosesdadahmelaka.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-iUYvzFQAc-k/Vhu0hheFMVI/AAAAAAAACo8/S3nOO3a1ATQ/s72-c/prosesdadahmelaka.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/sindiket-proses-jual-dadah-di-melaka.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/sindiket-proses-jual-dadah-di-melaka.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy