'Rampas aset, bangunan milik PAS bukan polisi Amanah'

Parti Amanah Negara (Amanah) tidak pernah menjadikan tindakan menuntut atau mengambilalih aset, bangunan atau harta kepunyaan Pas sebagai polisi parti berkenaan.

“Takkanlah kami nak tuntut bangunan berkenaan sedangkan kami buat untuk Pas walaupun kami bekerja keras mendapatkan dana dan sumbangan jutaan Ringgit untuk mendapatkannya', tegas setiausaha agung Amanah. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) tidak pernah menjadikan tindakan menuntut atau mengambilalih aset, bangunan atau harta kepunyaan Pas sebagai polisi parti berkenaan.

Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir turut menegaskan cakap-cakap yang mengatakan parti berkenaan turut ingin menuntut Ibu Pejabat Pas yang terletak di Jalan Raja Laut juga adalah perbuatan nakal dan fitnah sama sekali.

Menurutnya, apa yang berlaku di beberapa negeri seperti di Johor, Negeri Sembilan dan Perak melibatkan beberapa buah bangunan dan premis yang sebelum ini digunakan untuk aktiviti dan gerak kerja Pas telah bertukar kepada Amanah adalah isu yang terpencil.

Jelasnya, berlaku situasi di Negeri Sembilan yang mana seorang Yang Dipertua Pas kawasan berkenaan meminjamkan bangunan komersil miliknya untuk digunakan oleh Pas kawasan disebabkan aset parti berkenaan sebelum ini daif dan tidak memberikan imej yang baik kepada orang ramai.

“Jadi apabila beliau dan majoriti ahli Pas kawasan berkenaan telah berhijrah ke Amanah maka beliau meminta kembali haknya itu untuk digunakan untuk gerak kerja Amanah.

“Pucuk pimpinan Amanah secara jelas tidak pernah mengeluarkan arahan supaya bangunan-bangunan Pas dipindah milik dan sekiranya ada cubaan untuk melakukannya maka kami akan menasihatkan supaya ia tidak dilakukan

“Namun sekiranya berlakunya situasi seperti di Negeri Sembilan itu maka adalah tidak adil kepada pemilik bangunan berkenaan untuk tidak dibenarkan menggunakan aset miliknya sendiri,” katanya kepada pihak media.

Mengulas mengenai Ibu Pejabat Pas di ibu kota, Mohd Anuar menjelaskan pimpinan Amanah yang meninggalkan Pas telah meninggalkan semua yang dilakukan untuk parti berkenaan selama ini.

Ujarnya, bangunan berkenaan bukanlah hak milik mereka walaupun majoriti daripada mereka pihak yang sebenarnya paling banyak berperanan mendapatkan premis berkenaan sebelum ini.

“Takkanlah kami nak tuntut bangunan berkenaan sedangkan kami buat untuk Pas walaupun kami bekerja keras mendapatkan dana dan sumbangan jutaan Ringgit untuk mendapatkannya.

“Jadi cakap-cakap berkenaan mengatakan Amanah cuba untuk mengambil alih Ibu Pejabat Pas itu adalah tidak betul dan tidak akan kami lakukan kerana kami telah tinggalkan Pas serta kini telah menyewa pejabat di kawasan yang sederhana,” tegasnya, lapor The Rakyat Post.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: 'Rampas aset, bangunan milik PAS bukan polisi Amanah'
'Rampas aset, bangunan milik PAS bukan polisi Amanah'
Parti Amanah Negara (Amanah) tidak pernah menjadikan tindakan menuntut atau mengambilalih aset, bangunan atau harta kepunyaan Pas sebagai polisi parti berkenaan.
http://1.bp.blogspot.com/-zv89gsrYRLI/Vhu2W6iR0QI/AAAAAAAACpI/qk3mRfwHX2I/s640/amanah.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-zv89gsrYRLI/Vhu2W6iR0QI/AAAAAAAACpI/qk3mRfwHX2I/s72-c/amanah.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/rampas-aset-bangunan-milik-pas-bukan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/rampas-aset-bangunan-milik-pas-bukan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy