Perhimpunan Di Melaka Sabtu Ini Adalah Haram - Polis

Perhimpunan yang dirancang dan sepatutnya berlangsung di Taman Melaka Raya di sini, pada Sabtu adalah haram, polis memberi amaran.


Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata tiada notis atau permohonan mengenai perhimpunan tersebut diserahkan kepada pihak polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. - Gambar Fail

MELAKA – Perhimpunan yang dirancang dan sepatutnya berlangsung di Taman Melaka Raya di sini, pada Sabtu adalah haram, polis memberi amaran.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata tiada notis atau permohonan mengenai perhimpunan tersebut diserahkan kepada pihak polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Oleh itu, mana-mana perhimpunan besar-besaran oleh mana-mana pihak dalam Taman Melaka Raya adalah menyalahi undang-undang dan polis akan melaksanakan tanggungjawabnya untuk melindungi kepentingan awam,” kata beliau ketika dihubungi.


Menurut laporan, Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju berkata, perhimpunan akan diadakan di sini pada Sabtu jika tiada tindakan diambil terhadap mereka yang menyerang tiga pegawai Jabatan Imigresen di Taman Melaka Raya pada 30 September lalu.

Dalam kejadian itu, kira-kira 40 samseng mengasari pegawai yang melakukan serbuan, termasuk tiga mangsa yang merupakan antara 19 pegawai Imigresen yang terlibat dalam ‘Ops Ingkar’ pada hari berkenaan.

Chuah berkata, polis telah menahan 11 orang berhubung serangan itu, dengan tangkapan seterusnya dijangka tidak lama lagi.

“Kami akan mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin,” katanya, lapor mStar Online.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Perhimpunan Di Melaka Sabtu Ini Adalah Haram - Polis
Perhimpunan Di Melaka Sabtu Ini Adalah Haram - Polis
Perhimpunan yang dirancang dan sepatutnya berlangsung di Taman Melaka Raya di sini, pada Sabtu adalah haram, polis memberi amaran.
http://4.bp.blogspot.com/-HulmmCKQ8n0/VhYK4vt9cZI/AAAAAAAACoc/_8eOzj8WYaw/s640/Ketua%2BPolis%2BMelaka.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-HulmmCKQ8n0/VhYK4vt9cZI/AAAAAAAACoc/_8eOzj8WYaw/s72-c/Ketua%2BPolis%2BMelaka.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/perhimpunan-di-melaka-sabtu-ini-adalah.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/perhimpunan-di-melaka-sabtu-ini-adalah.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy