Mogan Umum Tanding Naib Presiden MIC

Ketua Penerangan MIC Pusat, Datuk V.S.Mogan hari ini mengumumkan akan bertanding salah satu daripada tiga jawatan naib presiden pada pemilihan semula parti itu pada 6 November ini.

Majlis Tertinggi MIC menetapkan Ahad ini sebagai hari penamaan calon bagi jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 ahli CWC manakala pemilihan akan diadakan pada 6 November ini. - Gambar Fail

SEREMBAN - Ketua Penerangan MIC Pusat, Datuk V.S.Mogan hari ini mengumumkan akan bertanding salah satu daripada tiga jawatan naib presiden pada pemilihan semula parti itu pada 6 November ini.

Katanya, beliau percaya pemilihan kali ini adalah masa yang sesuai untuk memikir dan melaksanakan beberapa perubahan penting dalam kerjaya politiknya serta membantu membawa parti itu ke hadapan.
    
"Dengan ini saya mengambil peluang moral yang datang bersama tanggungjawab untuk bertanding jawatan naib presiden dan percaya ia akan memudahkan proses yang diambil presiden Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam agenda reformasi dalam parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mogan merupakan setiausaha Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan dari tahun 2000 hingga 2009 dan kemudian dipilih sebagai Adun Jeram Padang dan menjadi anggota exco kerajaan negeri.

Pada pemilihan parti 2009 dan 2013, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC dan kemudian dilantik sebagai Ketua Penerangan MIC Pusat.

Mogan merupakan ahli parti pertama mengisytihar untuk bertanding jawatan naib presiden selepas penyandang Naib Presiden Datuk M. Saravanan dan bekas naib presiden Datuk Seri S.K. Devamany mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan
presiden.

Majlis Tertinggi MIC menetapkan Ahad ini sebagai hari penamaan calon bagi jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 ahli CWC manakala pemilihan akan diadakan pada 6 November ini.

Selepas pemilihan, MIC akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada hari berikutnya di Taman Ekspo Pertanaian Malaysia Serdang (Maeps), dekat sini.

Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkan MIC mengadakan semula pemilihan apabila membatalkan pemilihan parti itu pada November 2013, selepas menerima aduan mengenai penyelewengan dalam proses pemilihan. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Mogan Umum Tanding Naib Presiden MIC
Mogan Umum Tanding Naib Presiden MIC
Ketua Penerangan MIC Pusat, Datuk V.S.Mogan hari ini mengumumkan akan bertanding salah satu daripada tiga jawatan naib presiden pada pemilihan semula parti itu pada 6 November ini.
http://1.bp.blogspot.com/-Du-WZsJZyeY/ViT-EaEBS0I/AAAAAAAACs0/HPxLCBt45pk/s640/mic.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-Du-WZsJZyeY/ViT-EaEBS0I/AAAAAAAACs0/HPxLCBt45pk/s72-c/mic.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/mogan-umum-tanding-naib-presiden-mic.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/mogan-umum-tanding-naib-presiden-mic.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy