Matrade Lancar Festival Makanan Di Shanghai

Festival Makanan Malaysia anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menerusi Program Dapur Malaysia di sebuah hotel terkemuka di sini, dijangka menarik 200 pelanggan setiap hari.

Nazri melawat ruang pameran produk makanan Malaysia yang memasuki pasaran China selepas merasmikan 'Pesta Makanan Malaysia' anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) malam Rabu. Foto - Bernama
SHANGHAI - CHINA. Festival Makanan Malaysia anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menerusi Program Dapur Malaysia di sebuah hotel terkemuka di sini, dijangka menarik 200 pelanggan setiap hari.

Pesuruhjaya Perdagangan Matrade di Shanghai, Mansor Shah Wahid berkata program yang dijalankan dengan kerjasama Shanghai Marriott Hotel City Centre itu bertujuan mempromosikan juadah asli Malaysia selain meningkatkan peluang perdagangan bukan sahaja makanan tetapi juga bukan makanan dan perkhidmatan.

Festival ini berlangsung dari 14 Oktober hingga 28 November, katanya kepada Bernama selepas pelancaran festival oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, di sini malam Rabu.

Turut hadir Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, Tan Yang Thai dan Pengurus Besar Shanghai Marriott Hotel City Centre, Jessie Zhang.

Mansor berkata selain mempromosikan makanan, program turut melibatkan penyertaan peruncit bagi membolehkan pengguna yang menggemari masakan Malaysia membeli produk akhir seperti rempah-ratus dan sos.

Selain itu, Matrade juga merancang mempromosikan industri fesyen Malaysia di China di samping menggalakkan rakyat Malaysia meneroka segmen makanan dan minuman, katanya.

Sementara itu, Zhang berkata ini adalah kali kedua hotel berkenaan bekerjasama dengan Matrade dalam mempromosi juadah Malaysia selain memperkenalkannya kepada tetamu antarabangsa.

Katannya kali pertama ia dianjurkan pada 2013 selama tiga minggu dan mendapat sambutan yang positif.

"Juadah seperti sate, laksa, sup ekor dan teh tarik antara yang menjadi kegemaran," katanya.

Cef Sariman Jamil pula berkata juadah Malaysia sentiasa mendapat permintaan di pasaran China dengan semakin ramai penduduk menggemari rasa dan rempah-ratus yang diguna dalam masakan tradisional Malaysia.

Festival makanan Malaysia akan menggalakkan lebih ramai usahawan mencari peluang dalam pasaran negara ini yang besar, katanya yang telah tiga tahun menjadi cef di China. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Matrade Lancar Festival Makanan Di Shanghai
Matrade Lancar Festival Makanan Di Shanghai
Festival Makanan Malaysia anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menerusi Program Dapur Malaysia di sebuah hotel terkemuka di sini, dijangka menarik 200 pelanggan setiap hari.
http://1.bp.blogspot.com/-3s77QqPfTy0/Vh-YBvFetBI/AAAAAAAACrw/8jDCeNQntgU/s640/nazri.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-3s77QqPfTy0/Vh-YBvFetBI/AAAAAAAACrw/8jDCeNQntgU/s72-c/nazri.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/matrade-lancar-festival-makanan-di.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/matrade-lancar-festival-makanan-di.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy