Malaysia Hanya Setuju, Belum Sah Sertai TPP

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menjelaskan, Malaysia belum terkesan dengan tindakan kerajaan memuktamadkan Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), semalam.

Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang melibatkan Malaysia perlu mendapat persetujuan parlimen terlebih dahulu. Foto AFP

SHAH ALAM - Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menjelaskan, Malaysia belum terkesan dengan tindakan kerajaan memuktamadkan Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), semalam.

Agus berkata,  ini kerana kita baru memuktamadkan persetujuan dan kesediaan kita untuk menyertai TPP,  ujarnya, memuktamadkan persetujuan belum bererti Malaysia sah akan menyertai TPP dan terikat dengan persetujuan tersebut.

"Semalam TPP ini telah dimuktamadkan oleh kesemua 12 negara yang terlibat. Saya lihat ramai yang bimbang dengan hal ini. Dua faktor utama yang menyumbang kepada kebimbangan ini. Pertama, risau sekiranya kita akan berada di bawah telunjuk Amerika Syarikat. Kedua, risau kerana kandungan dokumen TPP tersebut tidak didedahkan kepada umum terlebih dahulu.

"Namun, sebelum TPP dikuatkuasakan, terdapat dua peringkat lagi yang perlu dilalui. Pertama, kerajaan perlu mendapatkan kelulusan kabinet atau parlimen. Dalam hal ini, kerajaan telah berjanji akan membawa hal ini untuk kelulusan parlimen.

“Kedua, sekiranya parlimen meluluskan persetujuan ini, maka kerajaan perlu meratifikasikannya. Selepas meratifikasikannya, barulah kita terikat dengan perjanjian ini. Jadi, sebelum sampai kepada proses kedua dan ketiga tersebut, sekaranglah masanya untuk kita menyatakan pandangan," katanya dalam laman rasmi Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu Agus berkata setakat kini, rakyat Malaysia hanya melihat dari sudut kelemahan dan keburukan TPP. Oleh itu katanya, untuk tujuan perbincangan dan analisis, bagaimana pula jika dilihat dari aspek kebaikan dan kelebihannya.

Katanya terdapat beberapa kelebihan, sekiranya Malaysia menandatangani perjanjian itu.

" Antara kelebihannya ialah syarikat Malaysia akan menikmati akses pasaran kepada semua negara ahli, sesuatu yang diperlukan untuk membolehkan syarikat kita berdaya saing.; Negara kita mampu menarik pelaburan asing untuk datang melabur di negara kita.

“Sekiranya tidak menyertai TPP, maka negara kita akan kerugian beberapa perkara. Antaranya, hilang kredibiliti sebagai negara pasaran bebas serta ketinggalan kepada Singapura dan Vietnam sebagai negara pilihan pelabur dalam konteks Asean,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Malaysia Hanya Setuju, Belum Sah Sertai TPP
Malaysia Hanya Setuju, Belum Sah Sertai TPP
Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menjelaskan, Malaysia belum terkesan dengan tindakan kerajaan memuktamadkan Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), semalam.
http://3.bp.blogspot.com/-Y8eaWxDRHXE/VhN933u27nI/AAAAAAAACls/E0ZYGBhPf7c/s640/tpp.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-Y8eaWxDRHXE/VhN933u27nI/AAAAAAAACls/E0ZYGBhPf7c/s72-c/tpp.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/malaysia-hanya-setuju-belum-sah-sertai.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/malaysia-hanya-setuju-belum-sah-sertai.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy