Lima Ditahan Insiden Pukul Pegawai Imigresen

Seramai lima orang ditahan dalam insiden pegawai Imigresen dipukul hingga cedera semasa menjalankan operasi di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya pada Khamis lalu.

Penguatkuasa dihalang daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, ini satu tindakan yang tidak boleh diterima - KPN
MELAKA - Seramai lima orang ditahan dalam insiden pegawai Imigresen dipukul hingga cedera semasa menjalankan operasi di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya pada Khamis lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa pihak polis negeri Melaka untuk terus menjalankan siasatan bagi menjejaki saki-baki suspek  yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan.

Menurut beliau, pihak polis tidak akan berkompromi dalam hal itu dan selain dihadapkan ke mahkmah, tindakan sewajarnya akan dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah mengikut peruntukan undang-undang.

Khalid turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menghalang penguatkuasa daripada menjalankan tugas bahawa tindakan tegas akan dikenakan kerana ini melibatkan nyawa penjawat awam.

“Ini satu tindakan yang amat tidak boleh diterima. Penguatkuasa dihalang daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dan bukan itu sahaja, malah dipukul pula oleh beberapa orang ini.

“Polis telah menangkap lima orang yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu dan beberapa orang lagi sedang dicari. Saya memberi amaran, jangan sesekali cuba menghalang penguatkuasa daripada menjalankan tugas mereka apatah lagi menggunakan kekerasan,” tegas beliau.

Khalid berkata, dalam kejadian itu, seramai 19 orang anggota dan pegawai imigresen dikepung oleh lebih 40 anggota samseng semasa menjalankan operasi di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya awal pagi Khamis lalu.

Perbuatan itu seolah-olah mencabar kewibawaan pihak berkuasa dalam melaksanakan tugas.

Beliau yang ditemui semasa merasmikan Hari Kantin 2015 dan Pelancaran Alumni Sekolah Kebangsaan Mantin turut menegaskan bahawa pihaknya akan menggunakan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) terhadap mereka yang didapati terlibat dengan insiden tersebut, memetik laporan Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Lima Ditahan Insiden Pukul Pegawai Imigresen
Lima Ditahan Insiden Pukul Pegawai Imigresen
Seramai lima orang ditahan dalam insiden pegawai Imigresen dipukul hingga cedera semasa menjalankan operasi di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya pada Khamis lalu.
http://2.bp.blogspot.com/--fNRZ9jvcrU/Vg_LvH7JmaI/AAAAAAAACjM/-7IcrxyaEzc/s640/TanSriKhalidAbuBakar.jpg
http://2.bp.blogspot.com/--fNRZ9jvcrU/Vg_LvH7JmaI/AAAAAAAACjM/-7IcrxyaEzc/s72-c/TanSriKhalidAbuBakar.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/lima-ditahan-insiden-pukul-pegawai.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/lima-ditahan-insiden-pukul-pegawai.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy