Lelaki Nigeria Dicari Bantu Siasatan Kemalangan Maut

Polis mencari seorang pemandu kereta warga Nigeria bagi membantu siasatan berhubung kemalangan sehingga meragut nyawa seorang remaja di Jalan Klebang Kecil, di sini, kelmarin.

Mangsa Muhammad Khairul Fiqri meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan sementara rakannya kini koma di Unit Rawatan Rapi ICU Hospital Melaka. Foto - Sinar Harian.

KLEBANG - Polis mencari seorang pemandu kereta warga Nigeria bagi membantu siasatan berhubung kemalangan sehingga meragut nyawa seorang remaja di Jalan Klebang Kecil, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abd Adzis Shaikh Abdullah berkata, kejadian kira-kira 11.45 malam itu membabitkan penunggang motosikal, Muhammad Khairul Fiqri Johari, 14, dan rakan sebayanya, Muhammad Syafiq Arshad.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa datang dari arah Pusat Bandaraya menghala Sungai Udang bertembung dengan sebuah Perodua Myvi dipandu lelaki warga Nigeria berusia 30 tahun.

“Kereta turut dinaiki seorang lagi lelaki warga sama dan seorang wanita berusia 51 tahun dan mengaku teman wanita kepada pemandu yang melarikan diri ke arah pusat bandar sebaik sahaja kemalangan berlaku,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Melaka sebelum Muhammad Khairul Fiqri disahkan meninggal dunia pada jam1.50 pagi, sementara Muhammad Syafiq kini koma dan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

“Pemandu Myvi bagaimanapun melarikan diri ke arah pusat bandar, sementara dua penumpang kereta itu dibebaskan selepas keterangan mereka diambil di IPD Melaka Tengah.

“Justeru, polis kini sedang memburu lelaki Nigeria yang berusia 30 tahun bagi menyelesaikan kes yang disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Rahmat Aswirman, 21, berkata, dia melihat Perodua Myvi memotong kereta di hadapannya sebelum terdengar bunyi dentuman, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Lelaki Nigeria Dicari Bantu Siasatan Kemalangan Maut
Lelaki Nigeria Dicari Bantu Siasatan Kemalangan Maut
Polis mencari seorang pemandu kereta warga Nigeria bagi membantu siasatan berhubung kemalangan sehingga meragut nyawa seorang remaja di Jalan Klebang Kecil, di sini, kelmarin.
http://4.bp.blogspot.com/-tBIlXVIcQEI/VhOC6vxybhI/AAAAAAAACl8/sIrOczB5_xE/s640/sinar.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-tBIlXVIcQEI/VhOC6vxybhI/AAAAAAAACl8/sIrOczB5_xE/s72-c/sinar.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/lelaki-nigeria-dicari-bantu-siasatan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/lelaki-nigeria-dicari-bantu-siasatan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy