Lee Chong Wei Penyelamat Maruah Negara Di Terbuka Denmark

Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal mengibarkan cabaran negara apabila melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Denmark di Odense Sports Park, Denmark.

Lee Chong Wei menjadi penyelamat maruah negara apabila memulakan kempen dengan menyingkirkan pemain pilihan kelapan dari India, Kashyap Parupalli 21-14 dan 21-15 pada pusingan pembukaan hari ini. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal mengibarkan cabaran negara apabila melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Denmark di Odense Sports Park, Denmark.

Chong Wei menjadi penyelamat maruah negara apabila memulakan kempen dengan menyingkirkan pemain pilihan kelapan dari India, Kashyap Parupalli 21-14 dan 21-15 pada pusingan pembukaan hari ini.

Bekas pemain nombor satu dunia itu, yang memburu gelaran ketiga musim ini selepas Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Kanada, Jun Lepas, akan meneruskan cabaran dengan menentang pemain Hong Kong, Wei Nan, pada pusingan kedua esok.

Menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Wei Nan membuka langkah kanan apabila terpaksa berhempas pulas selama 58 minit untuk mengalahkan pemain tuan rumah, Emil Holst 14-21, 21-19, 21-15.

Bagaimanapun, cabaran negara dalam acara beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran pada kejohanan berstatus Siri Super Premier bernilai US$650,000 (RM2.68 juta) itu berakhir selepas gagal melepasi pusingan pertama.

Beregu utama lelaki negara, Goh V Shem/Tan Wee Kong menampilkan aksi terpuji apabila berentap selama 69 minit sebelum tunduk kepada beregu Denmark, Mathias Boe/Carsten Mogensen 15-21, 21-19, 20-22.

Beregu wanita negara, Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho, yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA Singapura 2015, turut mengalami nasib sama pada pusingan pertama.

Pasangan negara itu kalah kepada beregu pilihan kelapan, Ma Jin/Tang Yuanting dari China 17-21, 23-21 dan 19-21 pada pertarungan selama 66 minit itu.

Semalam, beregu campuran negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying memperagakan aksi terburuk apabila gagal memberi saingan kepada pasangan pilihan ketujuh, Ko Sung Hyun/ Kim Ha Na dari Korea Selatan.

Pasangan Korea itu dengan mudah menjinakkan beregu campuran negara itu dengan keputusan 18-21 dan 13-21 dalam saingan selama 32 minit.

Bagaimanapun, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar pemain perseorangan wanita ke kejohanan tersebut.-Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Lee Chong Wei Penyelamat Maruah Negara Di Terbuka Denmark
Lee Chong Wei Penyelamat Maruah Negara Di Terbuka Denmark
Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal mengibarkan cabaran negara apabila melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Denmark di Odense Sports Park, Denmark.
http://4.bp.blogspot.com/-BVsD5b5eCVg/Vh-VT5Zb1gI/AAAAAAAACrY/-XXzhzvxPQA/s640/chong%2Bwei.JPG
http://4.bp.blogspot.com/-BVsD5b5eCVg/Vh-VT5Zb1gI/AAAAAAAACrY/-XXzhzvxPQA/s72-c/chong%2Bwei.JPG
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/lee-chong-wei-penyelamat-maruah-negara.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/lee-chong-wei-penyelamat-maruah-negara.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy