Khairuddin, Chang Dibawa ke Mahkamah Tinggi, Dibicara Di Bawah Sosma

Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang yang didakwa cuba mensabotaj sistem kewangan dan perbankan negara ke Mahkamah Tinggi

Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang akan dibicarakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini memindahkan kes membabitkan bekas Timbalan Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang yang didakwa cuba mensabotaj sistem kewangan dan perbankan negara ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Siti Radziah Kamardin membenarkan pindahan itu selepas Jabatan Peguam Negara membenarkan pertuduhan ke atas kedua-dua tertuduh dibicarakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Timbalan Pendakwaraya Mohd Masri Daud mengesahkan pertuduhan itu dibicarakan di bawah Sosma pada sebutan kes hari ini.

Peguam bela, Haniff Khatri Abdulla memberitahu mahkamah bahawa beliau tiada bantahan tanpa prejudis ke atas pemindahan ke Mahkamah Tinggi sementara menunggu pendengaran anak guamnya untuk mencabar Perlembagaan di Mahkamah Persekutuan pada 3 November.

Pendengaran kes itu dijangka akan dibuat esok pagi di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Haniff telah menimbulkan tiga persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan; sama ada pertuduhan terhadap kedua-duanya di bawah Seksyen 124 (L) Kanun Keseksaan, jatuh di luar Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) selaras dengan peruntukan Perkara 149 (1) Perlembagaan Persekutuan (FC); jika ia didapati afirmatif, maka tertuduh hendaklah mempunyai hak untuk dibebaskan dengan ikat jamin atau sebaliknya, perbicaraan terhadap kedua-duanya perlu dijalankan di Mahkamah Sesyen.

Khairuddin ditahan di bawah Sosma pada 23 September manakala peguamnya, Chang ditahan pada 8 Oktober selepas melawat Khairuddin di Balai Polis Dang Wangi.

Selepas itu, kedua-dua mereka didakwa pada 12 Oktober di bawah Seksyen 124 (L) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Mereka didakwa cuba mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara antara 28 Jun dan 26 Ogos di beberapa lokasi termasuk di Balai Polis di Paris, Switzerland, Hong Kong dan Singapura.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh kini direman di Penjara Sungai Buloh, lapor The Rakyat Post.


COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Khairuddin, Chang Dibawa ke Mahkamah Tinggi, Dibicara Di Bawah Sosma
Khairuddin, Chang Dibawa ke Mahkamah Tinggi, Dibicara Di Bawah Sosma
Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang yang didakwa cuba mensabotaj sistem kewangan dan perbankan negara ke Mahkamah Tinggi
http://3.bp.blogspot.com/-4CMEJVPPk3Y/Vi20D1LvYkI/AAAAAAAACvc/1QQhetUKMpM/s640/Khairuddin%2BAbu%2BHassan.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-4CMEJVPPk3Y/Vi20D1LvYkI/AAAAAAAACvc/1QQhetUKMpM/s72-c/Khairuddin%2BAbu%2BHassan.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/khairuddin-chang-dibawa-ke-mahkamah.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/khairuddin-chang-dibawa-ke-mahkamah.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy